Biawak merupakan salah satu daripada haiwan yang agak selalu kelihatan dan dijumpai contohnya di tempat-tempat yang berparit atau tempat yang lembap. Ramai yang berasa panik dan takut apabila melihat biawak, tetapi sebenarnya biawak ini biasanya lebih takut dengan manusia dan biasanya akan cabut lari jika dihalau oleh kita.
Baru-baru ini tular video memaparkan dua ekor biawak besar dilihat sedang berpelukan antara satu sama lain di tempat parking kereta. Kedua-duanya dilihat berpelukan erat dalam tempoh yang lama dan juga seolah-olah sedang menari.
Video yang dikongsikan oleh pengguna twitter @adriananaziha itu menjadi tular dengan pantas dan ramai yang terhibur melihat gelagat kedua-dua buaya tersebut. Malah ada yang mengatakan kedua-duanya sedang melepaskan rindu sebab lama tidak berjumpa seperti keadaan yang kita alami sekarang ini yang berjauhan dengan orang tersayang
VIDEO:
@biawakiium bang buat apa ni bang dekat parking CAC ni!! pic.twitter.com/qi9BhM3aKN
— ? (@adriananaziha) July 25, 2021
Antara komen-komen netizen:
Jealous la tengok mereka.
Bila lama dah tak jumpa, tunggu habis PKP
Walaubagaimanapun, adakah betul kedua-dua biawak itu ‘berpelukan’ kerana sayang dan rindu? Sebenarnya, meskipun ianya kelihatan seperti pasangan romantik, namun biawak-biawak tersebut sebenarnya sedang bergusti antara satu sama lain kerana mahu berebut kawasan ataupun berebut biawak betina.
Kebiasaannya salah satu daripadanya akan keletihan dan akhirnya beredar menjauhi lawannya.