Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri

Tular baru-baru ini mengenai seorang gadis yang dilamar oleh bapa kepada rakan baik sendiri. Bapa kepada rakannya itu adalah seorang lelaki berstatus duda.nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri

Biasanya jika jarak usia antara pasangan suami isteri terlalu jauh berbeza, ramai yang menganggap perkahwinan tersebut tidak akan bahagia dan kekal lama. Bahkan, pihak keluarga berasa berat untuk merestuinya.

Namun begitu manusia mana yang layak mempersoalkan jodoh seseorang, bukan?

nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri

Kalau dah ditetapkan berjodoh dengan seseorang jauh lebih tua atau muda oleh ‘pemilik hati’, buktinya ramai sahaja yang mengecapi kebahagiaan hingga ke anak cucu.

Begitulah seperti kisah dikongsi oleh seorang gadis bernama Lia yang berasal dari negara jiran Indonesia ini, di mana dia mendedahkan bakal berkahwin dengan ayah kepada sahabatnya sendiri.

nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri

Bibit-bibit cinta antara Lia dan teman lelakinya itu mula berputik sejak dia kerap meluangkan masa bersama sahabatnya di rumah sewaktu pandemik Covid-19 ini.

“Kadangkala bila saya dan kawan keluar bersama, bapanya turut ikut serta. Selain itu, saya pernah juga ‘lepak’ di rumah kawan dan makan bersama keluarganya (termasuk bapanya),” jelasnya kepada Tribun News.nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat SendiriMenurut Lia, pada awalnya hubungannya bersama lelaki itu tidak direstui oleh pihak keluarga atas faktor status duda lelaki tersebut dan jarak umur keduanya, lapor Tribun news. Mana tidaknya, umur teman lelakinya itu dikatakan sebaya dengan usia bapa kandungnya!

Bagaimanapun, akhirnya ibu bapa Lia membenarkan perhubungan mereka diteruskan apabila mereka berdua dilihat bahagia bersama. Selain itu, rakannya juga merestui hubungan mereka dengan syarat tidak menyakitkan hati ayahnya.

Antara komen-komen netizen:

nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri

 

Menjengah di ruangan komen video di akaun TikTok miliknya, rata-rata netizen teruja dan berseloroh menyamakan hubungan percintaan mereka seolah-olah ‘sinetron’ yang disiarkan di televisyen.nangtime.com - Bila Keluar Lepak, Bapa Rakan Kadangkala Ikut Sekali, Gadis Dilamar Bapa Sahabat Sendiri

Seperti yang dilaporkan oleh Tribun News, kedua-dua pasangan itu dijangka akan melangsungkan pernikahan pada tahun ini juga.

Sumber: borak daily

Facebook Comments Box