Risau Masa Depan Anak Pemalas, Ibu Bapa Kumpulkan Sampah Selama 10 Tahun Sebagai ‘Harta Peninggalan’

Setiap ibu bapa semestinya mahukan anak mereka boleh berdikari dan boleh hidup sendiri agar tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama apabila mereka sudah tidak mampu menyaranya ataupun sudah tiada di dunia ini.Bimbang Anak Pemalas, Ibu Bapa Kumpulkan Sampah Selama 10 Tahun Sebagai ‘Harta Peninggalan’

Sepasang suami isteri di Korea bengang memikirkan nasib mereka yang mempunyai sikap yang sangat pemalas. Oleh sebab itu, mereka mengutip sampai dari merata tempat dan disimpan dalam rumah demi ‘tinggalan’ anak mereka yang berusia 40-an.

Selama 10 tahun, mereka mengutip sampah dari tong sampah dan juga sampah yang dibuang di tepi jalan dan membawanya balik ke rumah.

 

Sampah sarap yang kesemuanya dianggarkan seberat 150 tan itu bertujuan kononnya untuk ditinggalkan sebagai ‘harta bernilai’ buat anak mereka yang pemalas.Media Korea Selatan, SBS melaporkan kisah mengenai pasangan suami isteri tersebu dan menunjukkan bagaimana Choi, 75, yang berasal dari Gwangju mengubah rumah dua tingkatnya sebagai ‘pusat pengumpulan sampah.’

Bimbang Anak Pemalas, Ibu Bapa Kumpulkan Sampah Selama 10 Tahun Sebagai ‘Harta Peninggalan’

Pasangan suami isteri ini risau dan bengang dengan sikap pemalas anak mereka yang tidak pernah bekerja dan membuat apa-apa, sebaliknya hanya menghabiskan masa di rumah dan hidup bergantung dengan wang persaraan mereka.

“Anak saya suka duduk di rumah, tidak keluar mencari kerja dan ia membimbangkan saya.

“Saya risau sekiranya saya dan isteri sudah tiada kelak, dia tiada tempat bergantung lalu saya menyimpan banyak barang untuk anak saya, agar ia boleh dijual,” kata Choi.

Menurut si bapa ini lagi, mereka bertiga hanya ringgal di satu ruang kecil dalam rumah kerana ruangan lain semuanya sudah dipenuhi oleh sampah.

Bimbang Anak Pemalas, Ibu Bapa Kumpulkan Sampah Selama 10 Tahun Sebagai ‘Harta Peninggalan’

Keadaan ini berterusan hinggalah satu hari si ibu mengalami masalah jantung dan doktor menasihatkan mereka untuk tinggal di persekitaran yang bersih.

Suaminya, Choi akhirnya membuat keputusan untuk membersihkan rumah mereka dan membuang kesemua sampah yang disimpan selama ini. Seramai 226 orang sukarelawan yang datang membantu beserta dengan satu jentera pengorek yang digunakan bagi membuang 150 tan sampah sarap dalam rumah.

Bimbang Anak Pemalas, Ibu Bapa Kumpulkan Sampah Selama 10 Tahun Sebagai ‘Harta Peninggalan’

Sebaik sahaja melihat rumahnya dalam keadaan bersih dan semua sampah dikutipnya sudah dibuang, si suami menangis dan berjanji tidak akan membawa sampah pulang ke rumah mereka lagi demi kesihatan isterinya.

Semoga anaknya juga akan mengubah sikap pemalas dan mula melakukan sesuatu seperti mencari kerja demi ibu bapanya juga.

Facebook Comments Box