Sesiapa sahaja mahu kelihatan cantik terutamanya kaum wanita, namun kebayakkan orang mesti tahu akan limit mereka dan sudah pasti jika proses untuk cantik itu susah dan menyakitkan, sudah pasti akan berhenti setakat itu. Namun tak dinafikan, ramai lagi yang sanggup melangkah le tahap lebih tinggi dan sanggup menahan kesakitan berulang kali demi kelihatan cantik.
Viral di Tiktok, video seorang wanita Indonesia apabila beberapa helaian eyelash extension yang dipakainya telah masuk ke dalam mata ketika dia sedang tidur.
Wanita yang berasal dari Jawa Tengah itu dikenali sebagai Nadya Astrella Juliana merupakan seorang finalis Miss Indonesia 2018. Menurutnya kejadian seperti itu telah beberapa kali berlaku kepadanya akibat tabiatnya yang terlalu ‘ketagih’ untuk memakai eyelash extension.
Boleh menyebabkan buta
Nadya menyedari akan kejadian itu ketika dia bangun dari tidur setelah dia merasakan seperti ada sesuatu di dalam matanya. Setelah diperiksa, dia mendapati beberapa helaian bulu mata yang tebal telah masuk ke dalam matanya.
Akibatnya kornea matanya telah luka dan boleh mengakibatkan buta.
Meskipun kondisi Nadya tidak parah, tetapi pembuluh darah di dalam matanya telah pecah.
“Jujur aku udah ketagihan banget sama yang namanya eyelash extension, sampe beberapa tragedi terjadi ke mata aku seperti pembuluh darah pecah,” ujar Nadya.
Eyelash extension memang selalu menjadi pilihan sesetengah wanita untuk mengganti pemakaian bulu mata palsu akan tetapi jikalau tidak berhati-hati ia boleh mendatangkan kemudaratan.
Nadya juga berpesan kepada sesiapa yang memakai eyelash extension dan mengalami iritasi, disarankan untuk terus membuka eyelash extension yang dipakai, serta dia menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan.
“Langsung pergi ke farmasi sebagai langkah pengedalian pertama, nanti diarahkan untuk beli ubat tetes mata tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga mengingatkan agar haruslah memastikan keadaan mata tetap bersih. Jangan biarkan sampai ada debu atau kotoran di mata kerana boleh menimbulkan masalah yang lain juga.
“Harus sering cuci tangan, harus eyelash extension ke tempat yang profesional jangan yang abal-abal karena tergiur harga murah, hati-hati saat pakai softlens, dan jangan panik kalau eyelash extension masuk mata,” tambahnya lagi.
VIDEO:
Disamping itu, dia juga berpesan yang jikalau kejadian seperti dia berlaku ke atas orang lain, jangan panik tapi teruslah membuka eyelash extension dan rehatkan mata anda dari sebarang pemakaian softlens atau extension selama 3-5 hari.
Sumber: BorakDaily