Buang Bungkusan Sampah Ke Sungai, Wanita Teruk Dikecam Memberikan Alasannya

Tular video seorang wanita dengan selamba membuang sampah ke sungai mendatangkan pelbagai kecaman dan kekecewaan netizen terhadap individu tersebut.nangtime.com - Buang Bungkusan Sampah Ke Sungai, Wanita Teruk Dikecam Memberikan Alasannya

Sudah beberapa lama, kempen menjaga alam sekitar diketengahkan, ditambah lagi dengan masalah banjir yang melanda, tindakan wanita tersebut memang sangat tidak disenangi oleh ramai lebih-lebih lagi perlakunya adalah seorang wanita dewasa yang semestinya sudah mampu memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

Video yang berdurasi 20 saat itu mula viral apabila dikongsi di twitter, facebook dan aplikasi sosial yang lain dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan perlaku dalam video tersebut

nangtime.com - Buang Bungkusan Sampah Ke Sungai, Wanita Teruk Dikecam Memberikan Alasannya

Rata-rata netizen menganggap tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan si pelaku tidak sepatutnya bertindak demikian lebih-lebih lagi dalam keadaan kenderaan yang bergerak dan jalan yang sesak dengan kenderaan lain.

Di ruangan komen juga, ramai yang mengatakan tindakan wantia tersebut memalukan rakyat di negeri Kelantan disebabkan plat nombor kenderaan tersebut menggunakan plat awalan ‘D’

nangtime.com - Buang Bungkusan Sampah Ke Sungai, Wanita Teruk Dikecam Memberikan Alasannya

Antara komen-komen netizen.

nangtime.com - Buang Bungkusan Sampah Ke Sungai, Wanita Teruk Dikecam Memberikan Alasannya

Sesudah video tersebut tular dan sampai ke pengetahuan wanita berkenaan, dia membuat satu kenyataan permohonan maaf atas perbuatannya di FB.

VIDEO:

Menurut wanita itu lagi, dia sebenarnya baru balik dari Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan tradisional.

Mengenai tindakannya membuang sampah ke sungai yang dikecam orang ramai, Wanita itu mendakwa dia diminta oleh perawat tradisional itu supaya membuang barang saka ke dalam sungai. Namun rata-rata netizen beranggapan itu hanya alasan.nangtime.com - Buang Bungkusan Sampah Ke Sungai, Wanita Teruk Dikecam Memberikan Alasannya

Semoga kita semua mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan elakkan perbuatan seperti membuang sampah ke sungai seperti ini.

Facebook Comments Box