Seringkali kita mendengar cerita mengenai gelandangan yang ditemui sering tidur di mana-mana tempat asalkan boleh berehat dan melelapkan mata.
Namun berbeza pula dengan seorang gelandangan di Thailand ini apabila kisahnya menjadikan jejantas sebagai bilik peribadi menjadi tular.
Seperti yang kita sedia maklum, jejantas merupakan laluan awam yang selamat untuk pejalan kaki melintas jalan dan biasanya dibina di tempat yang sibuk dengan kenderaan.
Namun begitu, baru-baru ini tular mengenai seorang gelandangan berusia 60 tahun di Thailand yang ‘mengubah’ jejantas menjadi seakan bilik peribadinya. Malah orang ramai yang menggunakan jejantas itu turut merasakan mereka seakan-akan masuk ke rumah orang bila melaluinya.
Beberapa orang pengguna juga menggambarkan bahawa ‘bilik’ gelandangan itu kelihatan agak selesa meskipun dengan keadaan orang ramai lalu lalang disitu. Difahamkan ‘bilik’ itu lengkap dengan langsir bantal dan tilam.
Selepas video jejantas itu menjadi tular, pihak berkuasa telah menyerbu ke lokasi dengan segera dan bilik itu kemudiannya dirobohkan dengan serta merta.
Pemilik video yang berkongsikan video tular itu kemudiannya meluahkan rasa bersalah kerana merasakan dirinya punca ‘bilik gelandangan’ itu dirobohkan.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang diluahkan oleh orang ramai dimana ada diantaranya yang bersimpati namun ada juga yang bersetuju dengan tindakan pihak penguasa kerana jejantas itu adalah hak milik awam.
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Jatuporn Boonrot , pekerja di tempat berhampiran Jatuporn Boonrot berkata dia tidak berani menggunakan jejantas terbabit terutamanya ketika waktu malam.
Seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual, Tharika Saleengam pula berkata lelaki gelandangan terbabit mempunyai agak banyak tatu di badannya yang menyebabkan sebilangan orang berasa takut.
‘Pemilik bilik’ di jejantas itu dikatakan mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan ‘bilik’ si jejantas terbabit.