Tidak dinafikan antara haiwan yang paling digeruni ramai pada masa sekarang ialah buaya. Sebut sahaja buaya, mesti ramai antara kita yang takut dan gentar lebih-lebih lagi jika buaya itu berada di depan mata.
Namun berbeza dengan seorang lelaki ini yang langsung tidak takut dengan buaya malah menjadikan buaya sebagai teman berguraunya. Bukan itu sahaja lelaki ini juga berani memarahi buaya depan-depan kerana mengganggunya melakukan kerja.
Perkongsian video yang menujukkan seorang lelaki yang merupakan pekerja Taman Buaya di Melaka ini menjadi tular ketika dia sedang membersihkan kawasan penempatan buaya berkenaan.
Apa tidaknya, ketika dia sendang membersihkan daun-daun gugur dan kering di kawasan tersebut, perbuatannya diperhatian oleh seekor buaya yang berdekatan. Namun lelaki ini kelihatan selamba dan langsung tida takut malah dia turut berleter membebel dan ‘memarahi’ pada buaya tersebut kerana mengganggu kerjanya.
Rata-rata netizen yang menonton perkongsian video tersebut terkejut dengan perbuatan lelaki berkenaan, rata-ratanya takut kalau buaya itu jadi berang dan bertindak agresif. Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila buaya tersebut seolah-olah faham dengan bebelan lelaki itu dan kelihatan faham dan cuma berdiam diri sahaja.
Hebat betul lelaki ini bukan. Dalam satu perkongsian yang lain, dia juga dilihat selamba memegang bahagian kepala berhampiran mulut buaya. Nyatalah buaya tersebut berkemungkinan besar sudah mengenali lelaki ini dan tidak bertindak agresif untuk menyerangnya kerana sudah mengganggapnya sebagai rakan. Lagipun, lelaki tersebut yang bekerja disitu sudah pasti merupakan manusia yang sering dilihatnya hampir setiap hari.
VIDEO 1:
VIDEO 2:
Anda dinasihatkan agar jangan cuba bermain-main atau mengusik buaya jika tidak kemahiran atau kepandaian seperti lelaki ini.
Kredit: Bedamau