Kepala Budak Lelaki 3 Tahun Tersangkut Di Grill Pintu

Malang menimpa seorang kanak-kanak apabila kepalanya tersangkut di pintu jerigi rumahnya. Kejadian yang berlaku di Taman Puncak Jalil itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit selama beberapa minit gara-gara kepalanya tersangkut di grill pintu rumah dan tak dalam lepaskan diri.nangtime.com - Kepala Budak Lelaki 3 Tahun Tersangkut Di Grill Pintu

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 tengah hari tadi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi.

nangtime.com - Kepala Budak Lelaki 3 Tahun Tersangkut Di Grill Pintu

“Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersangkut pada bahagian atas pintu jeriji pintu rumahnya,” kata Penolong Pengarah Operasi JBPM, Hafisham Mohd Noor.

Katanya, anggota bertugas menggunakan peralatan khas bagi memotong jeriji berkenaan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

nangtime.com - Kepala Budak Lelaki 3 Tahun Tersangkut Di Grill Pintu

Anggota bomba bagaimanapun berjaya mengeluarkan kanak-kanak terbabit selepas memotong jerigi berkenaan. Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian yang menimpanya.

Facebook Comments Box