Bukan Genetik, Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Punca Tumbesarannya

Purata ketinggian penduduk di Malaysia adalah 165cm bagi kaum lelaki dan 153cm bagi kaum perempuan menurut sumber ASEAN DNA. Namun tahukah anda siapa manusia yang tertinggi di dunia pada zaman sekarang?Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Kisah Dan Punca Ketinggiannya

Manusia tertinggi di dunia yang memegang Guinness World Record pada zaman sekarang ialah Sultan Kosen yang berasal dari Turki dengan ketinggian 251cm.

Jika Sultan Kosen merupakan mausia tertinggi dan lelaki tertinggi di dunia, tahukah anda siapa pula wanita yang tertinggi di dunia? Seorang wanita yang dikenali sebagai Elisane Silva dipercayai merupakan wanita tertinggi di dunia pada masa sekarang. Elisane yang berumur 26 tahun mempunyai ketinggian 2.1 meter dan berasal dari negara Brazil.

Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Kisah Dan Punca Ketinggiannya
Elisane Silva bersama ibunya

Kebiasaannya ketinggian seseorang dipengaruhi oleh genetik keluarga, tapi tidak bagi Elisane kerana ibunya Ana Maria Ramos hanya berketinggian 1.6m, manakala ayahnya, Luiz Jorge pula mempunyai ketinggian 1.7m.

Ketika berusia 10 tahun, Elisane Silva mula merasakan kelainan pada badannya berbanding orang lain dan ketika itu dia sudahpun mempunyai ketinggian 1.7m.

Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Kisah Dan Punca Ketinggiannya
Elisane Silva dan ayahnya

Ibunya ketika itu mula risau akan keadaannya dan membawanya berjumpa doktor dan ramai yang berminat untuk melakukan ujian perubatan terhadap anaknya namun keluarganya tidak berkemampuan untuk membayar kos.

Kehidupannya ketika kecil juga tidak mudah dan sering dibuli dan digelar macam’-macam oleh rakan-rakan disekolah seperti ‘giant, tower, zirafah dll’ kerana ketinggiannya dan akhirnya Elisane Silva membuat keputusan untuk berhenti sekolah.

Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Kisah Dan Punca Ketinggiannya

Keluarganya kemudian muncul dalam siaran rangkaian televisyen nasional yang kemudian menampung ujian-ujian perubatan yang dilakukan terhadap Elisane. Akhirnya diketahui punca keadaan luar biasa yang berlaku kepada Elisane adalah disebabkan tumor pada kelenjar pituitari yang merangsang hormon tumbesarannya menjadi lebih banyak.Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Kisah Dan Punca Ketinggiannya

Elisane Silva kini sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya, Francinaldo Da Silva Carvalho adalah lebih rendah dan memiliki ketinggian 1.6m.Wanita Tertinggi Di Dunia Kongsi Kisah Dan Punca KetinggiannyaMenurutnya, suaminya banyak memberikan semangat dan dorongan kepadanya untuk menerima dan bersyukur dengan keadaannya.

Facebook Comments Box