Seorang Buruh Binaan Ini Menemui Pasu Purba Yang Mengandungi Sesuatu Benda Di Dalamnya Yang Akan Merubah Hidupnya. Seorang buruh binaan tidak menyangka penemuannya dari kerja mengorek tanah ketika lakukan pembinaan bangunan bakal merubah hidupnya.
Mana taknya, dia menemui pasu purba yang berat sehinggalah dia memecahkan pasu berkenaan dan isinya mengejutkan..
Seorang lelaki buruh binaan yang ditugaskan untuk membuat saluran air membawa kepada penemuan pasu purba yang tertimbus didalam tanah di Andalusia, Sepanyol. Ketika kerja-kerja mengorek tanah dijalankan, muncul beberapa bentuk seperti pasu yang tertimbus.
Ekoran dari itu, dia dengan berhati-hati cuba mengeluarkan pasu-pasu yang ditemui itu dari tanah. Kesemua 19 pasu yang berjaya dikeluarkan itu agak berat.
Dilihat dari bentuk serta corak buatan. Pasu itu mungkin dibuat pada masa dahulu.
Apa yang menarik adalah berat pasu itu seakan-akan didalamnya mengandungi sesuatu benda. Bila dipecahkan kesemua pasu itu, ternyata pasu itu isi didalamnya berupa duit syiling.
Selepas dikaji, syiling-syiling itu dikenal pasti dari ukiran wajah pemerintahan kerajaan Romawi pada abad ke-3 atau ke-4.
Berat keseluruhan syiling itu ialah 59 kilogram. Menurut ketua arkeologi muzium, kemungkinan syiling itu berharga 1,350 us dollar atau lebih kurang RM5,600 namun mungkin lebih dari itu. Sungguh beruntung orang yang menemui syiling-syiling berharga ini.