Cadangan Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh, Bazar Ramadhan Ditutup Jika Ada Kluster

KKM Mencadangkan Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh Manakala Bazar Ramadhan Akan Ditutup Jika Ada Kluster Dari Aktiviti Bazar.nangtime.com - Cadangan Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh, Bazar Ramadhan Ditutup Jika Ada Kluster

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Selain itu, beliau berkata, bazar Ramadan juga akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.

nangtime.com - Cadangan Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh, Bazar Ramadhan Ditutup Jika Ada Kluster

Pada Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM perlu membuat pengumuman lebih awal berhubung rentas negeri sempena perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata, ia berikutan keputusan sama ada membenarkan atau tidak orang ramai melakukan rentas negeri ketika perayaan itu adalah atas nasihat kementerian berkenaan.

Katanya, isu rentas negeri untuk pulang beraya adalah perkara utama khususnya apabila Ramadan tiba.nangtime.com - Cadangan Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh, Bazar Ramadhan Ditutup Jika Ada Kluster“Apabila mereka (KKM) membuat penilaian risiko, mereka tahu sekiranya buka, apa risikonya atau kesannya. Jadi kita tunggu daripada KKM sama ada boleh atau tidak rentas negeri sempena Aidilfitri nanti.

“Ia bukan kuasa kita…kita lihat apa yang berlaku dulu apabila kerajaan membenarkan dan rentas negeri dibuka, terdapat 31 kluster balik kampung, sebab itu KKM perlu berhati-hati kali ini.nangtime.com - Cadangan Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh, Bazar Ramadhan Ditutup Jika Ada Kluster“Kita akan umum dalam waktu terdekat kerana kita pun tidak mahu ganggu orang balik kampung, mahu beli tiket pesawat atau bas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box