Cahaya Misteri Muncul Beberapa Saat Di Queensland, Kelihatan Seakan Disambar Kilat Sebelum Lenyap

Sejak kebelakangan ini, makin kerap pula berita mengenai penampakan cahaya misteri yang dikaitkan dengan UFO dilaporkan di media-media semasa.Cahaya Misteri Muncul Beberapa Saat Di Queensland, Kelihatan Seakan Disambar Kilat Sebelum Lenyap - nangtime.com

Baru-baru ini, satu cahaya misteri berwarna putih telah muncul di ruang langit sebuah kawasan pendalaman di negeri Queensland, Australia. Cahaya misteri itu dilihat muncul hanya dalam beebrapa saat sahaja sebelum ianya hilang dari pandangan di langit.

Seorang wanita yang berada di Queensland telah mengesan kewujudan cahaya misteri tersebut selepas ianya dirakamkan dari dashcam sebuah kereta di bandar Mount Isa, Queensland. Dalam video yang dikongsikan, ‘objek’ tersebut juga kelihatan seperti kena sambaran kilat di langit. 

Cahaya Misteri Muncul Beberapa Saat Di Queensland, Kelihatan Seakan Disambar Kilat Sebelum Lenyap - nangtime.com

Selepas itu, wanita itu kemudiannya meminta pendapat daripada para pengguna media sosial di kelab peminat Radar Biro Meteorologi di Facebook.

Wanita ini bertanyakan sama ada sesiapa tahu apakah sebenarnya cahaya misteri berwarna putih yang dirakam dari dascam kereta itu.Cahaya Misteri Muncul Beberapa Saat Di Queensland, Kelihatan Seakan Disambar Kilat Sebelum Lenyap - nangtime.com

Beberapa orang mengutarakan pendapat mereka bahawa cahaya itu berkemungkinan adalah objek terbang yang tidak dikenali (UFO). Namun ada juga yang percaya bahaya objek bercahaya putih itu merupakan meteor atau tahi bintang.

VIDEO:

Kredit video: Bureau of Meteorology (BOM) radar fan club

 

Facebook Comments Box