Cendawan Tumbuh Dalam Perut Wanita Dan Sebabkan Organnya Tersumbat Dan Kesakitan

Siapa suka makan cendawan, mesti baca kisah ini sampai habis. Seorang wanita mengalami sakit perut dan pergi berjumpa dengan doktor apabila sakit perutnya berterusan tidak berhenti.nangtime.com - Cendawan Tumbuh Dalam Perut Wanita Dan Sebabkan Organnya Tersumbat Dan Kesakitan

Di hospital , doktor yang memeriksanya terkejut besar apabila mendapati terdapat cendawan yang tumbuh di dalam perut wanita berusia 50 tahun itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah cendawan tumbuh dalam perut hingga menutupi organ dalaman wanita itu dan menyebabkannya tersumbat. Doktor percaya sakit perut wanita berkenaan adalah disebabkan cendawan dalam perutnya dan dia pun bertindak membuangnya dengan melakukan pembedahan.

nangtime.com - Cendawan Tumbuh Dalam Perut Wanita Dan Sebabkan Organnya Tersumbat Dan Kesakitan

Timbul persoalan macam mana cendawan boleh tumbuh dalam perut wanita tersebut. Menurut doktor di Beijing, China itu, dia percaya cendawan itu tumbuh dalam perut pesakitnya kerana wanita itu makan cendawan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Menurut wanita itu, dia mempunyai tabiat sering memasak cendawan kering terus ke dalam kuali tanpa merendamnya terlebih dahulu. Selain itu dia juga sering menelan cendawan tanpa mengunyah cendawan itu hingga hancur terlebih dahulu.

nangtime.com - Cendawan Tumbuh Dalam Perut Wanita Dan Sebabkan Organnya Tersumbat Dan Kesakitan

Susulan itu, cendawan yang tidak hancur dikunyahnya dikatakan mulai tumbuh dalam perut hingga menyebabkan perutnya terasa sakit. Menurut laporan Daily Mail, doktor yang merawat wanita berkenaan mengatakan cendawan paling besar yang pernah tumbuh dalam perut wanita itu adalah berukuran 7 sentimeter (cm).

nangtime.com - Cendawan Tumbuh Dalam Perut Wanita Dan Sebabkan Organnya Tersumbat Dan Kesakitan

Keadaan wanita itu bagaimanapun pulih selepas pembedahan mengeluarkan semua cendawan dalam perutnya dilakukan dengan selamat.

Facebook Comments Box