NANGTIME

Conteng Mural Pemimpin, Dua Wanita Dalam Rakaman CCTV Diburu

KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua individu dipercayai wanita menconteng mural gergasi memaparkan imej pemimpin negara di Seksyen U12, Shah Alam, menjadi viral sejak tengah hari Isnin.nangtime.com - Conteng Mural Pemimpin, Dua Wanita Dirakam Dalam CCTV Dan Kini Diburu

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.

Mereka dipercayai menconteng kata-kata kesat terhadap gambar pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong sebelum beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk memburu individu yang bertanggungjawab.

“Laporan polis dibuat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11.53 pagi di Balai Polis Seksyen 6 dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 / 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak MBSA juga bertindak membersih dan mengecat semula dinding berkenaan,” katanya.

VIDEO:

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkan kepada Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai berhampiran. – Astro Awani

Facebook Comments Box

Exit mobile version