Semua orang mesti tahu bahawa salah satu asas utama hidup berjiran adalah bertolak ansur dan menghormati satu sama lain. Jika ada perkara atau hal yang berbangkit yang boleh menimbulkan ketidakselesaan jiran-jiran yang lain, seeloknya bawalah berbincang baik-baik demi mencapati penyelesaian yang terbaik.
Namun zaman berubah dan tidak seperti zaman dahulu, zaman sekarang ramai antara kita yang hidup berjiran menjadi seolah-olah orang asing kepada satu sama lain. Ramai yang bersikap mementingkan diri-sendiri dan tidak peduli jika perbuatannya mungkin mengganggu jiran-jiran.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Zura Jamal berkongsikan mengenai jirannya yang bertindak agak melampau apabila mereka dipercayai meletakkan kedudukan saluran paip pendingin hawa ke kawasan rumahnya. Namun perkara itu dinafikan oleh jiran mereka dengan mengatakan mereka tidak tahu mengenai posisi paip tersebut.
“Aku cuma tak puas hati dengan perangai jiran yang tidak fikir perasaan jiran lain, kawasan depan rumah akan ada air bertakung setiap kali pendingin hawa jiran dibuka.
“Dah jumpa jiran sebelah rumah itu dia kata dia tidak tahu keadaan paip seperti itu,” ujarnya.
Menurut Siti Zura Jamal, sudah tiga kali suaminya alihkan kedudukan paip tersebut ke kawasan rumah jiran sebelah mereka namun kemudian bila diperiksa kemudiannya, paip itu diubah semula ke arah rumah mereka semula.
“Kali ketiga dah pergi rumah dan ubah kedudukan paip, tapi datang lagi nak kemas kawasan rumah, paip tu masih diubah semula ke arah rumah kami.
“Tak tahu la nak kata apa dengan jiran sebelah ini, pening kepala saya dapat jiran macam ini,” ujarnya.
Wanita ini kemudiannya bersemuka dengan jiran mereka dan meminta agar paip tersebut dialihkan serta berharap perkara tersebut tidak berulang.
VIDEO:
Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan jiran tersebut yang dianggap mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa. Malah ada yang mencadangkan wanita ini untuk menangkap gambar dan membuat laporan polis jika perlu.
Seorang lain pengguna mencadangkan agar naikkan tembok lebih tinggi agar perkara sedemikian tidak dapat dibuat lagi.
Kredit: Kosmo