Dah Banyak Kali Makan Lepas Tu Tinggalkan Kedai Tak Bayar, Pemilik Kedai Sate Mahu Viralkan Perlaku
Sebut sahaja Kajang, pasti ramai tahu ianya merupakan ‘syurga sate’. Kalau teringin nak makan sate, singgah sahaja di Kajang, memang ada bermacam-macam jenis sate di sana.
Bagaimanapun, baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu isu apabila Sate Rono Kajang ada memuat naik perkongsian di Facebook mengenai pelanggan makan ‘lari’ tanpa membuat pembayaran.
Difahamkan, kejadian berlaku pada Ahad yang lalu dan pihaknya menuntut pelanggan tersebut melunaskan pembayaran makanan.
Namun, apa yang mengejutkan, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku. Menurut mereka, pelanggan tersebut sudah berbuat demikian sebanyak 3 kali.
Tegasnya, jika pelanggan tersebut gagal menghubungi mereka untuk membuat pembayaran, pihaknya akan memuat naik video CCTV yang menunjukkan pelanggan tersebut keluar tanpa membuat pembayaran.
Menerusi satu lagi kenyataan, pihak Sate Rono Kajang memaklumkan tujuan perkongsian itu adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada si pelaku dan orang ramai agar kejadian itu tidak lagi berulang.
Dalam pada itu, pihak Sate Rono Kajang mendedahkan si pelaku menggunakan taktik datang ketika ramai orang dan sekaligus suka untuk mengecam semua pelanggan yang keluar masuk kedai.
Katanya lagi, pihak mereka turut menerima mesej daripada netizen yang baik hati yang mahu melunaskan bayaran tersebut, namun mereka tetap mahukan si pelaku yang membayarnya.
Bagus juga tindakan pemilik kedai, kalau ada orang tolong bayarkan nanti tak mustahil si perlaku makin besar kepala dan ulang semula perbuatannya kan.
Update: Kes Sudah Selesai Dan Perlaku Sudah Menjelaskan kesemua Bil
Berikut adalah kenyataan terbaru daripada Sate Reno Kajang:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Atas sebab-sebab keselamatan kedai kami, kami telah remove posting video-video si pelaku dari page kami. (Terima kasih atas saranan Tuan Md Hafiz Yazid)
Walaupun hanya sebentar, telah ada yg tampil dan memberi maklumat berkenaan si pelaku dan kami dapat berhubung dengan isterinya.
Kami akan berurusan terus dengan isterinya untuk menyelesaikan isu ini.
Semoga ini menjadi pengajaran buat si pelaku dan peringatan buat pengusaha restoran yg lain.
Nota: Sebolehnya kami ingin mengekalkan konsep ‘makan dahulu dan bayar kemudian’, tetapi mungkin akan mempertimbangkan saranan anda untuk ubah kepada ‘bayar dan makan’ bagi mengelakkan kes-kes sebegini berlaku lagi.
UPDATE: Alhamdulillah. Kes telah selesai cara baik dan pihak pelaku telah menjelaskan kesemua bil. Harap isu ini tidak dipanjangkan lagi.
Kredit: Gulapop