Dapat Klien Orang Susah, Peguam Baik Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk Upahnya

Seorang lelaki yang bekerja sebagai peguam menjadi tular dan popular selepas membantu kliennya yang dalam kesusahan dan tiada duit.Dapat Klien Orang Susah, Peguam Baik Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk Upahnya

Peguam yang dikenali sebagai Noel Allen Bose dan berasal dari bandar Sorsogon mendedahkan dirinya menerima ketam sebagai bayaran kerana mempertahankan anak guamnya di mahkamah.

Anak guamnya bukanlah orang yang berduit dan sebaik sahaja habis perbicaraan, anak guamnya memaklumkan dirinya tiada duit mencukupi untuk membayar khidmatnya dan anak guamnya menawarkan beberapa ekor ketam sebagai ganti.

Noel Allen Bose kemudian dengan baik hatinya menerima ketam yang ditawarkan kepadanya dan tidak meminta bayaran tambahan. Hal ini kerana Noel sememangnya memahami keadaan kewangan anak guamnya.Dapat Klien Orang Susah, Peguam Baik Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk UpahnyaMeskipun sudah tahu dari awal, Noel tetap terkejut ketika anak guamnya menghantar beberapa ekor ketam kepadanya.

Noel kemudian memuat naik gambar dirinya dengan beberapa ekor ketam di media sosial dan meluahkan rasa bangga kerana dapat membantu orang susah. Noel turut berterima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata positif kepadanya.

“Makan ketam sangat mengenyangkan perut, tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.

“Saya juga nak berterima kasih kepada para peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang berkongsikan cabaran yang dilalui mereka tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina”

Noel turut memuatnaik gambar ketam yang sudak dimasaknya:

Dapat Klien Orang Susah, Peguam Baik Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk Upahnya

Kredit: Noel Allan Bose

Facebook Comments Box