Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka

Pada Awal Pagi, Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu.
Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih menerima panggilan aduan kehadiran kes haiwan berbisa, namun lain pula yang ditemui.

Menerusi status Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, pihaknya menerima panggilan kehadiran haiwan berbisa di sebuah rumah di Taman Semenyih Impian jam 1 pagi.Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka Operasi diketuai oleh PBK II, Zairul Azli Ramli bagaimanapun mendapati rupanya seekor katak berada di dalam lubang dinding tandas di rumah tersebut bukannya seekor ular.

Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka

Begitupun, operasi itu tetap dilaksanakan dengan mengeluarkan katak tersebut menggunakan peralatan khas sebelum dilepaskan di lokasi selamat.

Perkongsian mengenai tangkapan tersebut turut tular di laman sosial hingga mencuri perhatian netizen.

Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka

Ada juga yang menyelar tindakan si pengadu kerana tidak melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menghubungi anggota bomba.

“Kesian mereka, tak boleh ke periksa dulu sebab kalau benar tidak mengapa… kalau silap dan kebetulan waktu itu ada kebakaran, kemalangan lebih diutamakan. Mereka pasti terkejar-kejar,” tulis Umairah di ruangan komen.

Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka
Kecil saja katak tu..

 

Kin pula menulis, “Makin pelik-pelik la panggilan pada bomba yang curi masa bomba dari kecemasan sebenar. Rasa sampai masa dah tubuh satu pasukan lain. Semak dahulu ada keperluan sebenar atau tidak macam kes katak. Ia membuang masa, kos dan tenaga kerja bila setiap jentera bomba digerakkan ke lokasi.”

Dapat Panggilan Mengadu Kehadiran Binatang Berbisa Dalam Rumah, Pasukan Bomba Kaget Dengan Penemuan Mereka
Senang je kena tangkap

Namun ada juga yang memuji tindakan anggota bomba yang bersedia dalam apa jua bentuk panggilan kecemasan daripada si pemanggil.“Adoi rumit juga jadi abang bomba… katak dalam bilik air pun kena panggil… namun terbaik abang bomba anda adalah pasukan terbaik,” kata Sharizal.

Dahlia pula berkata, “Ingat kerja bomba tak ada ke, katak pun panggil bomba kesianlah heroku tu katak oh katak.”

Mungkin pengadu nampak kepala je kot, tu yang dia takut sampai ingatkan ular, tambah lagi waktu tengah malam, haha. Kes ini berlaku tahun lepas dani ni bukan kali pertama situasi sebegini berlaku.  Baru-baru ini Bomba berjaya menyelesaikan kes kucing berkelakuan pelik yang kemudian didapati ada ular dalam rumah.

Facebook Comments Box