Datuk Siti Nurhaliza Selamat Bersalin, Aafiyah Dapat Adik Lelaki

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua iaitu lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, hari ini.nangtime.com - Datuk Siti Nurhaliza Selamat Bersalin, Aafiyah Dapat Adik Lelaki

Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Anta Permana itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.

 

nangtime.com - Datuk Siti Nurhaliza Selamat Bersalin, Aafiyah Dapat Adik Lelaki
ANAK kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza. FOTO IG: Asyraf Khalid

“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, pihak Siti merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.

“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

nangtime.com - Datuk Siti Nurhaliza Selamat Bersalin, Aafiyah Dapat Adik Lelaki
Datuk Siti Nurhaliza dengan anak pertama

“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.”Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.

Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

Facebook Comments Box