Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil Mahir

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 29, sah menjadi isteri kepada pengacara, Nabil Mahir, 33, di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.28 petang.nangtime.com - Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil Mahir

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Rozimi Zamri.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan, manakala mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.nangtime.com - Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil Mahir

Ayda berkata, dia bersyukur majlis akad nikah berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Alhamdulillah, saya lancar meskipun berada dalam norma baharu.

“Di sebalik pandemik COVID 19 yang membataskan banyak perkara, saya dan Nabil memilih melangsungkan akad nikah yang wajib,” katanya.

nangtime.com - Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil MahirDengan sekali lafaz, Nabil Mahir sah bergelar suami pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Ayda berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Ini fasa baharu dalam kehidupan kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya pasti ada dugaan dan cabaran yang bakal ditempuh.

nangtime.com - Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil Mahir

“Sejujurnya, kami sudah lama mengimpikan saat ini dan sudah bersedia menimang cahaya mata, secepat mungkin, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan. Pasangan selebriti itu mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan dalam talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Sumber: BH

 

Facebook Comments Box