Dengar Bunyi Benda Jatuh Dari Siling Jam 3 Pagi Tapi Malas Layan, Adik Beradik Tidur Ditemani Ular Sawa

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Emma menceritakan saat-saat menakutkan apabila dia dan adiknya tidur ditemani seekor ular sawa di rumah mereka yang terletak di Kampung Parit Saniman, Pontian, Johor.nangtime.com - Dengar Bunyi Benda Jatuh Dari Siling Jam 3 Pagi Tapi Malas Layan, Adik Beradik Tidur Ditemani Ular Sawa - nangtime.com

Lebih kurang pada jam 3 pagi, wanita ini dan adiknya mendengar seakan ada benda jatuh dekat meja solek. Waktu itu dia yang sudah tidur turut terdengar bunyi tersebut meskipun masih dalam keadaan mamai-mamai dan adiknya pula masih bermain handphone ketika itu.

Namun begitu, mereka tidak tergerak untuk memeriksanya dan keadaan bilik mereka agak gelap disebabkan sudah tutup lampu.

Kemudiannya adik dia merasa ada macam ada bergerak tapi buat tak tahu je. Tapi akhirnya dia rasa tak sedap hati dan suluh guna lampu handphone. Rupanya ada ular naik atas katil dekat hujung kaki!nangtime.com - Dengar Bunyi Benda Jatuh Dari Siling Jam 3 Pagi Tapi Malas Layan, Adik Beradik Tidur Ditemani Ular Sawa - nangtime.com

Adik terus menjerit dan melompat dari katil. Wanita ini turut tersedar dan duduk tapi tak turun katil sebab masih menantuk dan mamai. Bila tanya adiknya, adiknya terus beritahu ada ular!

“Automatik mata saya jadi segar dan terus melompat dari katil. Adik kata ular tu menjalar atas kaki kami berdua. Tak boleh saya bayangkan!” – kata Ummu yang kemudian berkata mereka segera memanggil mak ayah mereka.nangtime.com - Dengar Bunyi Benda Jatuh Dari Siling Jam 3 Pagi Tapi Malas Layan, Adik Beradik Tidur Ditemani Ular Sawa - nangtime.com

Ular itu kemudian ditangkap oleh ayahnya dengan mencengkup kepalanya dan kemudian buang dekat kebun sawit yang berhampiran rumah mereka. Menurut Ummu, bapanya sebenarnya tak berapa berani sebab ini kali pertama ular masuk kerumah mereka, tapi bapanya nekad beranikan diri dan bapanya juga tak menyangka boleh buat.

Selepas itu, Ummu memberitahu dirinya tidak dapat tidur sampai jam 6 pagi kerana masih lagi trauma dengan kejadian yang baru sahaja berlaku. Ular sawa itu masuk ke rumah berkemungkinan besar dari lubang di siling bilik mereka dan jatuh ke bawah.

VIDEO:

Sejak kejadian itu, Ummu dan adiknya tidur di bilik lain buat sementara kerana tak berani tidur di bilik itu. Tambahnya lagi, bapanya nak betulkan dan renovate sikit bilik itu dan mereka akan pindah balik jika ia sudah siap.

Kredit: mStar

Facebook Comments Box