“Dia yang pegang, aku yang takut!” – Meremang Tengok Gadis Ini Selamba Memegang Berpuluh Ular Hidup Tanpa Takut.
Sebut saja ular, mesti ramai akan terbayang di fikiran mereka akan haiwan yang menakutkan dan berbahaya. Tak kisah ular besar atau ular kecil, kebanyakan daripada kita mesti menjerit dan lari lintang pukang jika terjumpa haiwan ini.
Tapi berlainan dengan satu video yang tular baru-baru ini. Dalam video tersebut, kelihatan seorang gadis memegang puluhan ular tanpa sedikit pun perasaan takut.Keberanian yang ditunjukkan oleh gadis ini ternyata membuatkan ramai warganet yang kagum dan tak kurang juga yang merasa takut dan terkejut.
Menerusi video yang dimuatnaik dua hari lalu di akaun Tiktok milik gadis berkenaan, dia pada mulanya dilihat duduk bersila sambil memangku puluhan ekor ular dengan corak belang hitam dan kuning.
Dengan wajah yang selamba, dia kemudiannya mengangkat kesemua ular tersebut dan menunjukkannnya ke arah kamera sekaligus membuatkan ramai yang meremang!
Dalam tempoh 48 jam, video gadis dari negara jiran, Indonesia itu telah mendapat 17 juta tontonan dengan ratusan ribu ‘likes’ dan puluhan ribu komen.
VIDEO:
Ada yang tau tak ni berapa ekor?
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengakui ‘ketkutan’ hanya dengan melihat aksi gadis berkenaan.
Sebilangannya memuji keberanian yang dimiliki gadis itu dan menyifatkan bukan calang-calang orang mampu mengatasi rasa takut bermain dengan haiwan eksotik yang berbahya.
Antara komen-komen netizen:
Berani betul dia..
Dia pegang macam pegang tali..
Salute dengan gadis ini atas keberaniannya. Namun anda diingatkan jangan nak memandai meniru nak pegang-pengang ular pula, huhu.
Sumber Tiktokahlemottt01 via Siakap Keli