Didatangi Wanita Hamil Mengadu Sakit, Polis Wanita Jadi Penyelamat Menjadi ‘Bidan Terjun’

Dikala sekarang seperti ada isu dengan kepercayaan terhadap pihak berkuasa, kita jangan lupa bahawa berapa banyak jasa yang mereka telah berikan kepada masyarakat dan janganlah pukul rata semua pihak berkuasa untuk sesuatu hal.nangtime.com - Didatangi Wanita Hamil Mengadu Sakit, Polis Wanita Jadi Penyelamat Menjadi ‘Bidan Terjun’

“Polis dan masyarakat berpisah tiada,” tepat seperti slogan yang dipegang oleh anggota Polis Diraja Malaysia, sememangnya perkara ini tidak dapat disangkal lagi malahan boleh dikatakan telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kalangan anggota badan beruniform yang dihormati ramai ini.

Begitulah juga halnya yang terjadi dalam sebuah situasi yang dialami oleh Lans Koperal Komathi Narayan dari Balai Polis Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur apabila hari bertugasnya yang seperti biasa tiba-tiba bertukar cemas setelah seorang wanita hamil datang mengadu sedang saklt perut mahu melahirkan anak.

Lans Koperal Komathi yang pada ketika itu sedang bertugas di Pondok Polis Terminal Bersepadu Selatan (TBS) tanpa berfikir panjang segera membantu wanita itu dengan menemaninya menaiki teksi menuju ke hospital terdekat.

Walau bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, wanita hamil berkenaan telah melahirkan bayi lelaki dengan disambut oleh Lans Koperal Komathi.

Dilaporkan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

nangtime.com - Didatangi Wanita Hamil Mengadu Sakit, Polis Wanita Jadi Penyelamat Menjadi ‘Bidan Terjun’

Disamping menjadi wira di mata masyarakat, berita gembira ini turut sama dikongsikan oleh laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia yang tidak putus-putus memuji tindakan berperikemanusiaan Lans Koperal Komathi. Jelas sekali, mereka amat berbangga dengan bantuan yang telah dihulurkan oleh Lans Koperal Komathi kepada orang yang sangat memerlukan.

Di kiriman yang sama juga, terdapat banyak komen yang ditinggalkan oleh para pengguna Facebook yang rata-ratanya sangat gembira dan berbangga dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan.

nangtime.com - Didatangi Wanita Hamil Mengadu Sakit, Polis Wanita Jadi Penyelamat Menjadi ‘Bidan Terjun’

Alangkah gembiranya apabila melihat kiriman yang hanya dihiasi sekeping gambar dan sedikit kisah ringkas begini sudah cukup membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan kagum dengan dedikasi yang diberikan oleh anggota beruniform ini.

Mungkin ini bukanlah satu situasi yang pernah dibayangkan akan dihadapi oleh Lans Koperal Komathi, tetapi ternyata Lans Koperal Komathi berjaya mengharunginya dan kerana itu, kami semua amat berterima kasih!

Kisah ini berlaku beberapa bulan lepas, tapi apa yang penting adalah semoga supaya semua rakyat boleh bekerjasama dan membantu satu sama lain sampai bila-bila pun.

Kredit: ERA Baru, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Facebook Comments Box