Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Kembar Siam Dalam Perutnya Apabila Doktor Nasihat Gugurkan Mereka Dan Si Ibu Menolak Cadangan Berkenaan. Apabila pasangan dari New York, Shellie dan Greg Tucker melihat ultrasound rutin bayi mereka, mereka terkejut apabila mendapati bahawa Shellie sedang mengandungkan sepasang kembar siam.nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

Ketika kandungan Shellie mencapai usia lima bulan, pakar obstetrik memberitahu pasangan tersebut bahawa kembar perempuan mereka itu mungkin tidak dapat dipisahkan dengan jayanya. Disebabkan itu, doktor menasihatkan mereka supaya menggugurkan kandungan tersebut.

“Ketika dia memberitahu saya tentang berita itu, saya dapat merasakan bahawa anak-anak perempuan saya sedang menendang perut saya,” kata Shellie kepada ABC News.nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

Ibu bapa yang telah mempunyai seorang anak lelaki itu kemudian telah pergi ke Hospital Kanak-kanak Philadelphia (CHOP) untuk mendapatkan pendapat kedua.

Kembar itu telah bercantum pada bahagian dada dan bahagian bawah abdomen. Mereka telah “berkongsi dinding dada, diafragma, pericardium dan hati,” menurut laman web CHOP.

Sekiranya hati kanak-kanak perempuan ini dapat dipisahkan sepenuhnya, doktor di CHOP berkata bahawa kembar itu boleh dipisahkan.

Shellie melahirkan Allison dan Amelia pada bulan Mac 2011 melalui C-section di CHOP.nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

Kembar tersebut kemudiannya terpaksa dirawat di hospital selama beberapa bulan berikutnya untuk tujuan pemulihan dan penyembuhan daripada pembedahan.

Pada 7 November 2012, semasa pasangan kembar berusia 8 bulan, mereka sekali lagi perlu menjalani pembedahan dan kali ini pembedahan tersebut berjalan selama tujuh jam.

nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

 

Pembedahan itu telah diketuai oleh Holly Hedrick, MD yang merupakan pakar bedah pediatrik, thoracic dan pakar bedah janin di CHOP.

nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

“Akhirnya, pakar bedah keluar dan memberitahu kami bahawa mereka telah dipisahkan. Kali pertama melihat mereka sebagai dua orang bayi perempuan yang berasingan adalah satu perasaan yang paling menakjubkan,” kata Shellie.nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

Beberapa tahun selepas pembedahan, CHOP memberi maklumat terkini tentang pasangan kembar tersebut pada tahun 2017, yang menyifatkan mereka sebagai “kembar berumur 4 tahun yang petah bercakap dan aktif” bersama-sama dengan abang mereka.

nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

 

“Ketika mereka masih kecil, saya tidak pernah duduk diam kecuali ketika mereka sedang tidur!” tambah Shellie lagi.

nangtime.com - Dinasihat Agar Gugurkan Kandungan Kembar Siamnya, Ibu Terasa Tendangan Kuat Daripada Bayi Dalam Perutnya

Sumber: Era Baru

Facebook Comments Box