Wanita Disambar Api, Tong Gas Untuk Memasak Bocor

Seorang wanita berdepan dengan detik cemas dan menakutkan apabila tong gas di rumahnya bocor dan menyebabkan kebakaran.nangtime.com - Wanita Disambar Api, Tong Gas Untuk Memasak Bocor

Menceritakan kejadian tersebut, kejadian berlaku apabila dia sedang tunduk untuk mengambil beras dalam kabinet dapur dan tong gas tiba-tiba menyambarkan api hingga menyebabkan kebakaran kecil.

Susulan itu, pakaian wanita ini telah terbakar dan wanita tersebut telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki, kening dan bulu matanya juga turut terbakar.

nangtime.com - Wanita Disambar Api, Tong Gas Untuk Memasak Bocor

Selepas itu, wanita ini terus berlari masuk ke bilik air untuk memadamkan api pada badannya. Dia kemudian kembali semula ke dapur untuk membuka tingkap dan pintu bagi memastikan pengudaraan berjalan dengan baik sebelum membuka kepala gas.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku disebabkan kebocoran yang berlaku pada tong gas berkenaan. Dibawah ini perkongsian daripada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Norma Samarudin:

Perkongsian di FB:

Baru harini ada kesempatan dan kekuatan nak cerita apa yg jadi dekat Norma hari Ahad baru2 ni. Ambiklaa cerita ni sebagai 1 pengajaran naa.

Gambaq baju ngn skirt tu adalah gambaq Norma terlibat dengan kebakaran. Yaaa Norma terbakaq naaa kawan2. Alhamdulillah semua selamat. Cuma kaki jaa kena api sikit. Tapi dah p klinik ambik ubat krim dah. No worry.

nangtime.com - Wanita Disambar Api, Tong Gas Untuk Memasak Bocor

Dan bulu mata dengan kening pun turut terbakaq??? so muka Norma a bit funny sekarang sebab kening dengan bulu mata xdak. Ini telah menyebabkan kecederaan mental???. Hilang keyakinan sekejap.

Cerita dia.. Norma nak masak spagetti konon buat bekai makan tgh hari. Dekat rumah ni.. tempat masak memang ada kabinet sendiri. So tong gas dengan beras ada dalam kabinet tertutup tu. Tak pernah terpikiaq yang kalau tonggas dalam kabinet tertutup boleh sebabkan hal macam ni.

nangtime.com - Wanita Disambar Api, Tong Gas Untuk Memasak Bocor

Macam biasa sebelom mulakan masak..check gas dulu kot2 ada bunyi atau bocoq. Alhamdulillah xdak. So Norma pun mula masak dengan semangat. Tengah masak tu teringat ‘eh, nasi xmasak lagi!’ So, masa tunduk nk ambik beras tu..(ofkoz laa kena bukak pintu almari tu kan) masa tu laa api sambaq Norma.

Masih jelas dalam ingatan nampak api oren terus mai sambaq baju dengan skirt. Allahu!! Teruih lari masuk bilik ayaq. Then p bukak tingkap dapoq bagi luas. Bukak pintu. Baru tutup api cabut kepala tong gas. Mengeletaq kaki tangan. Dok rasa panas kt kaki. Pastu bau terbakaq. Dok pikiaq kata tong gas nk meletup dah.nangtime.com - Wanita Disambar Api, Tong Gas Untuk Memasak Bocor

Naseb baik laa masa kejadian tu, Harraz dengan Aaira tengah tengok tv dekat ruang tamu. Selalunya hari2 Aaira laa yg selalu p main dekat tmpat beras tu. Hobi dia. Ambik beras lambung buat macam hujan.

Mungkin gas tu ada bocoq tapi xdak bau sebab dia dekat tempat tertutup. So bila bukak ja kabinet, api dekat dapoq tu ‘trigger’ laa dengan gas yg baru kluaq dari kabinet tu.

Orang ramai dinasihatkan agar memeriksa tong gas di rumah dengan kerap bagi mengelakkan insiden seperti tong gas bocor seperti yang berlaku kepada wanita ini.

Sumber: Norma Samarudin

Facebook Comments Box