Disangka Pokok Kayu, Wanita Terkejut Temui Burung Aneh Bermulut Besar Yang Mengeluarkan Bunyi Menyeramkan

Ada orang mengatakan burung hantu menyeramkan dan ada juga yang berpendapat ianya kelihatan comel seperti burung-burung lain.

Disangka Pokok Kayu, Wanita Terkejut Menemui Burung Aneh Bermulut Besar Yang Mengeluarkan Bunyi Menyeramkan

Di masyarakat dunia, burung hantu dikaitkan dengan pelbagai kisah dongeng dan mitos ada yang mengaitkan kemunculan burung ini dengan kematian atau kemalangan namun di beberapa tempat lain, burung hantu dianggap pembawa untung atau nasib baik.

Seorang wanita yang sedang berjalan-jalan di ladang telah ternampak satu ‘pokok’ yang agak unik dan sedikit ganjil. Namun, ketika dia cuba menghampirinya dan melihat dengan lebih dekat, wanita ini terkejut besar apabila mendapati ianya bukan kayu tetapi seekor burung yang agak menyeramkan.Disangka Pokok Kayu, Wanita Terkejut Menemui Burung Aneh Bermulut Besar Yang Mengeluarkan Bunyi Menyeramkan

Burung yang ditemui oleh wanita itu merupakan burung potoo yang juga dipanggil urutaú yang bermaksud ‘burung hantu’ dan ia merupakan sejenis burung yang biasa ditemui di habitat hutan yang terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Menurut wanita ini, dia terkejut apabila mendapati burung yang pada mulanya disangkanya batang kayu itu tiba-tiba membuka mata dan mulutnya dengan besar hingga mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.Disangka Pokok Kayu, Wanita Terkejut Menemui Burung Aneh Bermulut Besar Yang Mengeluarkan Bunyi MenyeramkanTambahnya lagi, burung itu kelihatan langsung tidak bergerak sehingga dia betul-betul berada dekat dengannya.

Wanita ini kemudiannya berundur menjauhkan diri dari burung tersebut dan sempat mengambil gambar dan video burung Potoo itu. Menurut jiran wanita ini, burung spesis itu tidak pernah dilihat di situ selama lebih 15 tahun.Disangka Pokok Kayu, Wanita Terkejut Menemui Burung Aneh Bermulut Besar Yang Mengeluarkan Bunyi Menyeramkan

Bunyi yang dikeluarkan oleh burung Potoo itu ketika membuka mulutnya dengan besar itu seakan bunyi manusia menggilai dan boleh buat bulu roma kita meremang saat mendengarnya, lebih-lebih lagi jika dengar pada waktu malam.

VIDEO:

Antara ciri-ciri keistimewaan burung Potoo ini adalah pandai menyamar sebagai pokok atau kayu dan mempunyai mulut yang lebar yang memudahkannya untuk memakan serangga.

Facebook Comments Box