Ditegur Kawan Kerana Hairan Lelaki Ini Suka Kutip Daun Kering, Tak Sangka Dia Dapat Untung

Rakan-rakannya pernah menegur mengatakan mereka rasa pelik dengan kerjanya yang suka mengutip daun kering, namun mereka kemudiannya faham selepas mengetahui sebabnya.Ditegur Kawan Kerana Hairan Lelaki Ini Suka Kutip Daun Kering, Tak Sangka Dia Dapat Untung - nangtime.com

Lelaki yang dikenali sebagai Jalani Ibrahim mula mengutip daun ketapang kering yang mudah didapati di tepi pantai Port Dickson sejak beberapa bulan lepas.

Meskipun kelihatan sedikit aneh, tetapi daun-daun kering yang dikutipnya sebenarnya merupakn salah satu punca rezeki buatnya. Hal ini kerana daun-daun kering itu kemudiannya akan dijual bagi mendapatkan wang. Menurut Jalani, dia boleh untung sebanyak RM2 bagi setiap 23 keping daun kering sudah yang siap dibungkus.

Pembeli-pembeli bagi daun-daun kering itu adalah dikalangan para peminat ikan laga kerana mempunyai khasiatnya bagi mengekalkan kesihatan ikan berkenaan.

Ditegur Kawan Kerana Hairan Lelaki Ini Suka Kutip Daun Kering, Tak Sangka Dia Dapat Untung - nangtime.com

Daun-daun itu memang dicari oleh golongan peminat ikan laga kerana spesies ikan itu akan menjadi lebih sihat jika daun itu diletakkan ke dalam akuarium atau balang.

Kebiasaannya, Jalani akan mengutip dua beg plastik berisi daun itu dan setiap satunya boleh menghasilkan 10 pek daun kering ketapang.

“Tiada modal diperlukan dan saya hanya ambil sedikit masa pada waktu petang untuk mengutip daun kering itu untuk diproses dan dijual,” tambahnya lagi.Ditegur Kawan Kerana Hairan Lelaki Ini Suka Kutip Daun Kering, Tak Sangka Dia Dapat Untung - nangtime.com

 

“Meskipun untungnya tidaklah besar tetapi saya rasa ia berbaloi kerana saya hanya me­ngeluarkan wang untuk membeli garam bagi tujuan mempro­ses daun kering itu,”

Menurut laporan Kosmo!, Jalani yang turut memelihara lebih kurang 200 ekor laga di rumahnya turut memberitahu bahawa khasiat daun ketapang yang diproses ini boleh merawat ikan laga yang sakit, menaikkan warna ikan, bagi cepat sihat dan agresif serta mengawal suhu air.

Facebook Comments Box