Ditegur Penonton Tentang Benjolan Di Leher, Wartawan Baru Sedar Dirinya Ada Kanser

Kita selalu diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan kita dengan sehabis baik dan juga orang-orang di sekeliling kita. Jika kita mengetahui atau mengesan sesuatu yang nampak tidak kena pada orang lain, jangan berdiam diri sebaliknya beritahu orang tersebut.nangtime.com - Ditegur Penonton Tentang Benjolan Di Leher, Wartawan Baru Sedar Dirinya Ada Kanser

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran di Florida, Victoria Prince telah dihubungi seorang penonton yang menegur tentang benjolan yang terdapat pada lehernya.

Difahamkan, penonton itu telah menghantar emel kepadanya dengan pesanan agar wartawan itu melakukan pemeriksaan.

Tulisnya, “Hai, saya baru saja melihat laporan berita anda. Apa yang membimbangkan saya adalah benjolan di leher anda.

“Sila periksa tiroid anda kerana ia mengingatkan saya pada leher saya. Akhirnya saya menghidap barah. Jaga diri kamu”.

nangtime.com - Ditegur Penonton Tentang Benjolan Di Leher, Wartawan Baru Sedar Dirinya Ada Kanser

Prince kemudiannya ke hospital melakukan beberapa ujian sebelum mendapati dia menghidap kanser tiroid. Malah, kanser itu dikatakan telah merebak ke bahagian kelenjar.

“Saya menerima e-mel bulan lalu, sebaik dimaklumkan, saya sedari ada perubahan pada leher.

“Saya telah mengambil cuti untuk menjalani rawatan tersebut. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu tumor tersebut merupakan kanser dan dia perlu menjalani rawatan segera.

“Kanser tersebut sedang merebak namun boleh dikawal dengan rawatan,”

Prince dilaporkan akan menjalani pembedahan dan dia juga akan melakukan CT scan dan biopsi untuk memastikan kanser itu tidak merebak.

nangtime.com - Ditegur Penonton Tentang Benjolan Di Leher, Wartawan Baru Sedar Dirinya Ada Kanser

Menerusi laporan CNN, Prince dikatakan telah membalas emel wanita tersebut dan mengucapkan terima kasih.

Semoga kita juga akan boleh memberitahu atau mengingatkan satu sama lain jika kita mengetahui ada sesuatu yang pelik dan tak kena pada sesorang itu.

Facebook Comments Box