Dua Bulan Batuk Tak Berhenti Gara-gara Ada ‘Benda’ Bersarang Dalam Tekak

Lelaki Batuk Tak Berhenti Selama 2 Bulan, Rupanya Lintah Bersarang Dalam Tekaknya! Gejala batuk kebiasaannya disebabkan oleh virus dan batuk boleh menyerang sistem dan organ pernafasan seperti paru-paru dan kerongkong.Dua Bulan Batuk Tak Berhenti Gara-gara Ada ‘Benda’ Bersarang Dalam Tekak - nangtime.com

Tetapi dalam satu kes yang berlaku di China, seorang lelaki kerap batuk selama dua bulan kerana tekaknya dihuni oleh tetamu yang tidak diundang.

Para doktor di sebuah hospital di Fujian, China baru-baru ini berkongsi mengenai kes luar biasa seorang pesakitnya di mana dia kerap batuk dan berlarutan selama dua bulan.

Pada Jumaat 22 November , lelaki itu datang ke hospital dan mengadu rasa tidak selesa dan sakit yang dialaminya itu walaupun sudah bermacam-macam ubat batuk yang ditelannya.Dua Bulan Batuk Tak Berhenti Gara-gara Ada ‘Benda’ Bersarang Dalam Tekak - nangtime.com

Doktor kemudian menyarankan pesakit menjalani CT scan. Tetapi usaha itu gagal dan tidak dapat mengenal pasti punca masalah pesakit itu. Lalu doktor memutuskan untuk mencuba prosedur lain, bronchoscopy di mana doktor perlu memeriksa saluran pernafasan pesakit menggunakan kamera kecil.

Ketika memeriksa pesakit, alangkah terkejutnya doktor apabila menemui dua ekor lintah yang sedang menghisap darahnya di bahagian tekak.

 

Bila ditanya, pesakit itu sendiri tidak tahu bagaimana lintah boleh bersarang di dalam tekaknya itu.

Doktor percaya, lintah itu datangnya dari air minuman yang diperoleh dari aliran gunung, diminum oleh pesakit.

Dua Bulan Batuk Tak Berhenti Gara-gara Ada ‘Benda’ Bersarang Dalam Tekak - nangtime.com

“Ketika dia minum air tu, mungkin lintah itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Dalam satu atau dua bulan terakhir, lintah itu telah menghisap darah pesakit sehingga menjadi gemuk kekenyangan.

Doktor bagaimanapun berjaya mengeluarkan dua ekor lintah itu.Dua Bulan Batuk Tak Berhenti Gara-gara Ada ‘Benda’ Bersarang Dalam Tekak - nangtime.com

Buat korang yang ada masalah batuk yang tak berhenti-henti dan berlarutan lamanya itu, harap luangkanlah sedikit masa korang untuk pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan. Takut pula kalau jadi seperti kes diatas.

Sumber: Oddity Central / The Reporter

Facebook Comments Box