Biasanya di plaza tol sudah disediakan banyak laluan bagi menampung jumlah kenderaan yang mahu melaluinya, namun tetap ada pelbagai jenis kisah dan kejadian yang berlaku di situ. Antara yang sering berlaku ialah kereta main cucuk sebab mahu elak bayar tol dan ada juga kes macam dalam video yang ditularkan ini.
Satu video tular baru-baru ini memaparkan dua buah kereta iaitu kereta Toyota Corolla Altis dan Perodua Bezza berebut mahu masuk ke laluan tol yang sama.
Video berdurasi 1 minit 23 saat itu dirakam oleh seorang penumpang lori yang berada di belakang kereta Toyota Altis dan Perodua Bezza itu.
Apa yang melucukan ialah kedua-duanya kelihatan tidak mahu mengalah dan masing-masing tekad untuk masuk terlebih dahulu.
Penumpang lori siap bertindak menjadi seorang ‘pengulas trafik’ semasa insiden tersebut berlaku.
“Baler betul, biar dia ini, kita tengok siapa yang terhimpit,” ujar pemandu lori dalam loghat utara sambil diselangi gelak tawa.
Aksi kedua-dua buah kereta itu membuatkan rata-rata netizen tergelak dan terhibur. Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan perkara yang serupa dan memuji ‘ulasan’ dalam video berkenaan.
VIDEO:
Bagaimanapun, di akhir-akhir video, pemandu Perodua Bezza kelihatan ‘mengalah’ dan kereta Toyota Altis akhirnya masuk terlebih dahulu. Ini kerana kereta Perodua Bezza telah terperangkap di tengah-tengah tembok pemisah laluan tol itu.