Duit Simpanan RM4330 Habis Dimakan Anai-anai, Wanita Cuba Nasib Pergi Bank Untuk Dapatkan Duit Ganti

Sejak kebelakangan ini, sudah semakin kerap kita mendengar mengenai wang simpanan di rumah sejak sekian lama menjadi rosak dan lebih teruk tidak dapat digunakan lagi. Siapa tak bengang dan sedih, jika sudah bertahun-tahun menyimpan dan mengumpul duit tapi tiba-tiba duit itu rosak dan akibatnya kita kena menanggung kerugian yang banyak.nangtime.com - Duit Simpanan RM4330 Habis Dimakan Anai-anai, Wanita Cuba Nasib Pergi Bank Untuk Dapatkan Duit Ganti

Seorang wanita berusia 49 tahun yang dikenali sebagai Nurhaya meluahkan kekecewaanya selepas wang simpanannya bernilai 15 juta rupiah (RM4,330) habis musnah dimakan anai-anai.

Menurut Nurhaya, dia pada mulanya berniat mahu menggunakan wang berkenaan untuk membeli barang kelengkapan dan untuk renovate rumah.

Wanita yang berasal dari daerah Iwoimendaa, Sulawesi itu memberitahu wang sebanyak 15 juta rupiah (RM4,330) itu dikumpulnya selama beberapa tahun dan disimpannya di bawah tilam di biliknya.

nangtime.com - Duit Simpanan RM4330 Habis Dimakan Anai-anai, Wanita Cuba Nasib Pergi Bank Untuk Dapatkan Duit Ganti

 

“Apabila saya fikir sudah cukup untuk membeli keperluan itu, saya mengambil wang itu, namun kecewa kerana keadaannya tidak bagus berikutan sudah dimakan anai-anai,” katanya.

Apabila ditanya mengata dia menyimpan duitnya di bawah tilam, Nurhaya memberitahu sebab dia menyimpan duit bawah tilam adalah untuk memudahkan dia mengambilnya apabila dia mahu menggunakannya.

Jiran yang mengetahui keadaan duit Nurhaya menasihatkannya supaya mencuba nasib pergi ke bank dengan membawa kesemua wang yang rosak tersebut, mana tahu boleh digantikan.

Memang benar wang yang rosak boleh diganti oleh bank, namun ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan bergantung kepada tahap kerosakan wang tersebut.nangtime.com - Duit Simpanan RM4330 Habis Dimakan Anai-anai, Wanita Cuba Nasib Pergi Bank Untuk Dapatkan Duit Ganti

 

Nurhaya membawa wang tersebut ke bank, namun dia hanya dapat memperoleh wang ganti rugi sebanyak 900,000 rupiah (RM259) sahaja daripada 15 juta rupiah (RM4,330).

Seeloknya, jika anda ada wang yang banyak, sebaiknya simpan di bank untuk lebih selamat. jika mahu menyimpan di rumah, pastikan tempat penyimpanan wang tersebut dalam keadaan elok dan tidak menyebabkan duit rosak. Selain itu, sentiasa periksa dari semasa kesemasa.

Facebook Comments