Dulunya beliau seorang menteri, sekarang bekerja menjadi penghantar makanan. Lelaki yang dikenali sebagai Syed Ahmad Shah Saadat merupakan seorang menteri komunikasi dan Informasi di Afganistan dan menjawat jawatan tersebut selama dua tahun sebelum mengundurkan diri kerana perselisihan faham.
Syed Ahmad Shah Saadat yang juga pemegang dua master dalam bidang dalam komunikasi dan kejuruteraan elektronik dari Universiti Oxford telah meninggalkan negaranya pada hujung tahun lepas kerana bimbang dengan keselamatannya.
Dia memilih untuk pergi ke negara Jerman untuk meneruskan kehidupannya.
Demi kelangsungan hidupnya, Syed Ahmad Shah bekerja sebagai penghantar pizza di Leipzig, Jerman.
Beberapa gambar bekas pemimpin tersebut menghantar makanan dari rumah ke rumah dengan basikal di sekitar bandar menjadi tular di media sosial dan rata-rata orang terkejut melihatnya bekerja sebagai penghantar makanan di Jerman.
Selepas berita mengenai menjadi tular, Syed Ahmad Shah mengesahkan berita mengenai dirinya kepada Sky News Arabia.
Wartawan di Jerman mendedahkan mereka ada bertemu dengan bekas menteri itu di jalanan dan berkongsikan pertemuan mereka.
Daripada perbualan mereka, wartaman bertanyakan apa yang dilakukannya di Leipzig dan Syed Ahmad Shah memberitahu dia kini bekerja dengan Lieferando iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di Jerman seperti GrabFood dan FoodPanda. Syed Ahmad Shah berada di Jerman sejak Disember 2020 tahun lalu.
Syed Ahmad Shah dilantik sebagai dalam kabinet menteri Afganistan dan menjawat jawatan sebagai menteri komunikasi dan Informasi pada tahun 2018 hingga 2020 dan kemudiannya beliau telah pergi ke negara Jerman.
Sebelum itu, beliau juga pernah menjadi pegawai penasihat kepada Kementerian Komunikasi dan Teknologi Informasi Afghanistan pada 2005-2013.