Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Untuk ‘Jual Mahal’

Seorang lelaki menjadi tular selepas satu perkongsian video ‘glow up’ di TikTok. Lelaki yang dikenali sebagai Tuan Ridhuan Tuan Yacob, 24 mendedahkan dirinya sering diejek orang dengan gelaran seperti hitam dan kurus pada masa dahulu. Lantaran itu, dia bertekad untuk membuat perubahan dan transformasi pada penampilan dirinya.Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Nak Jual Mahal

Lelaki yang bekerja sebagai peniaga burger ini mengaku pernah terasa hati dengan ejekan dan gelaran dilepmparkan orang kepadanya, namun dia tidak berputus asa dan tekad untuk melakukan perubahan diri yang positif.

Berhubung dengan videonya yang tular sehingga meraih puluhan ribu tontonan, lelaki yang mesra dipanggil Dhuan ini memberitahu dirinya jarang bermain TikTok tetapi dia tengok macam seronok dan cuma membuat video mengikut trend-trend semasa.

“Saya juga hasilkan video sebab nak tunjuk kepada rakan masa zaman sekolah dulu termasuklah bekas teman wanita yang pernah ejek saya hitam dan kurus.Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Nak Jual Mahal

“Ada juga yang tanya sekiranya saya ambil bahan terlarang pada waktu itu,” ujar Dhuan.

Mengenai perubahan dirinya, Dhuan menjelaskan dia mencuba satu produk yang dijual oleh adiknya dan tak menyangka ianya berkesan dam membantu perubahan dirinya.Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Nak Jual Mahal

“Lama juga saya nak buktikan kepada mereka. Saya tekad, kalau orang lain boleh berubah, kenapa tidak saya?

“Saya takut nak pakai macam-macam produk, tapi pada suatu hari saya cuba produk yang adik saya sendiri jual, tak sangka ia menunjukkan kesan perubahan,” ujarnya lagi.Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Nak Jual Mahal

Susulan videonya yang tular, ramai yang memuji perubahan dirinya serta tak kurang juga ramai yang mahu berkenalan.

“Alhamdulillah ramai yang puji. Mereka kata dulu lain, sekarang lain. Ada juga yang cakap saya macam oppa Korea. Saya terkejut video tu viral.

“Ada juga yang direct message (DM) nak kenal tapi saya jual mahal. Dulu orang jual mahal, sekarang saya yang jual mahal,” ujarnya berseloroh.Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Nak Jual MahalBercakap soal jodoh, Dhuan memberitahu dia mahu fokus terhapap perniagaan burger yang diusahakannya terlebih dahulu dan belum mahu memikirkan soal jodoh.

Anak kelima daripada lapan beradik ini mahu berbaki kepada keluarganya terlebih dahulu dan mahu bahagiakan ibunya, tambahan pula ayahnya sudah tak ada.Dulu Pernah Diejek ‘Hitam’, Kini ‘Oppa’ Kelantan Peniaga Burger Pilih Nak Jual Mahal

Dhuan sekarang berniaga burger bersama sepupunya berhampiran dengan Pantai Senok atau Pulau Nami di daerah Bachok, Kelantan.

“Saya sebenarnya mula berniaga burger depan rumah sejak awal tahun 2020. Ada juga yang datang membeli burger, mereka tegur dan cam kerana pernah lihat saya dalam TikTok,” tambahnya lagi.

VIDEO:

Pada tahun 2019, Dhuan pernah menyertai pencarian Mr Hero Kelantan tapi kemudian menarik diri atas sebab yang tertentu.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box