Empat Orang Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Flat Kotor Dipenuhi Sampah, Tiga Hari Tak Makan.

Baru-baru ini, satu kejadian yang amat menyedihkan sekali berlaku di Kazakhstan apabila empat orang kanak-kanak ditemui dan diselamatkan dari sebuah rumah flat yang kotor dan dipenuhi sampah.Empat Orang Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Flat Kotor Dipenuhi Sampah, Tiga Hari Tak Makan - nangtime.com

Empat orang kanak-kanak malang tersebut ditemui selepas jiran mereka menghubungi polis setelah mendakwa terdapat pergaduhan yang berlaku dalam rumah tersebut.

Empat orang kanak-kanak itu masing-masing berusia antara tujuh, lima, empat dan tiga tahun dan kesemuanya didapati mengalami masalah kekurangan zat, sukar untuk bercakap dan juga tidak dapat berjalan dengan baik.Empat Orang Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Flat Kotor Dipenuhi Sampah, Tiga Hari Tak Makan - nangtime.com

Menurut laporan Daily Star, keluarga itu tidak makan atau menjamah apa-apa makanan dalam tempoh lebih kurang tiga hari dan rumah flat mereka juga dipenuhi dengan sampah dan lampin kotor, terdapat najis lalat dan bau hancing memenuhi ruangan rumah tersebut.

Lagi menyedihkan apabila kesemua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan berbogeI, kotor dan sukar berjalan. Ada antara mereka yang perut kembung, muntah selama lebih dua hari dan tidak cukup zat. Malah salah seorang daripada mereka juga telah didapati dijangkiti Covid-19.Empat Orang Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Flat Kotor Dipenuhi Sampah, Tiga Hari Tak Makan - nangtime.com

 

Ibu kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun juga mengakui anak-anaknya itu tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa dan tidak pernah mendapat sebarang rawatan perubatan. Difahamkan keluarga tersebut berpindah ke flat berkenaan 3 tahun lepas.

Empat Orang Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Flat Kotor Dipenuhi Sampah, Tiga Hari Tak Makan - nangtime.com

 

Semua kanak-kanak tersebut kini dirawat di Pavlodar Regional Children’s Infectious Diseases Hospital.

Penemuan dan kisah kanak-kanak itu memang mengejutkan, malah pihak penduduk dan sukarelawan juga terkejut melihat pengabaikan yang teruk dilakukan kepada mereka, malah sukar mempercayai pada zaman sekarang, masih ada kanak-kanak yang lahir tidak didaftarkan di negara mereka.Empat Orang Kanak-kanak Diselamatkan Dalam Flat Kotor Dipenuhi Sampah, Tiga Hari Tak Makan - nangtime.com

Difahamkan, satu laporan dan kes akan dilakukan terhadap ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.

Kredit: Daily Star

Facebook Comments Box