Farah Nabilah Bagi Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Farah Nabilah Bagi Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat.Farah Nabilah Bagi Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa TerdekatPELAKON jelita Farah Nabilah seperti memberi bayangan bakal menamatkan status solo dalam masa terdekat bersama jejaka pilihan hatinya.

Ianya selepas Farah menyatakan hasrat untuk menyambut Syawal terakhir sebagai wanita bujang pada tahun ini.

“Saya harap ini adalah sambutan raya kali terakhir saya sebagai wanita bujang.

“Lagipun umur saya sudah 27 tahun. Mak pula macam dah hint-hint. Dia tak tanya saya bila nak kahwin ya… dia terus cakap bestnya kalau ada cucu.

“Doakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada mStar.

Farah Nabilah Bagi Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Farah bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hatinya.

Farah bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah gerangan calon suaminya itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Halalkan Hati yang Ku Curi ini menjelaskan soalan tentang jodoh yang diterima tidak memberikan sebarang kesan sebaliknya bimbang akan soalan pemberian duit raya kerana statusnya sebagai seorang selebriti.

“Insya-Allah, soalan bila nak kahwin tak beri kesan pada saya. Zaman sekarang ramai sahaja wanita yang sudah 30 tahun dan masih belum berkahwin. Neelofa pun belum kahwin. Soalan seperti itu tidak memberi kesan kepada saya sangat.

Farah Nabilah Bagi Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

“Tapi saya lebih takut dengan soalan duit raya. Orang mengharapkan duit raya lebih sebab status saya seorang selebriti. Siap ada yang tak malu buka sampul di hadapan saya. Untuk itu, saya sediakan RM3,000 untuk duit raya tahun ini,” katanya.

Farah dan keluarga menyambut hari raya Aidilfitri di Kelantan.

Dalam pada itu, Farah yang akan pulang ke Bachok, Kelantan memberitahu teruja untuk pulang ke sana untuk merasai makanan seperti nasi dagang dan ketupat palas.

Farah Nabilah Bagi Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat“Tahun-tahun sebelumnya saya memang tidak pernah ketinggalan untuk pulang beraya di kampung kerana arwah nenek masih ada.

“Bila tahun lepas family tiba-tiba keluarga tukar angin nak beraya di Kuala Lumpur sebab nenek sudah tiada, raya saya sangat bosan! Menyesal saya beraya di sini.

“Saya tak sabar nak makan nasi dangan dan ketupat palas kerana rasa makanan di sana sangat sedap dan berbeza dengan di Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber: Mstar

Facebook Comments