Fosil Tapak Kaki Dinosaur Ditemui Di Kelantan

Satu pasukan penyelidik dari Jabatan Geosains Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendakwa bahawa mereka telah menemui kesan tapak kaki dinosaur yang dipercayai asal daripada kumpulan spesies Sauropod berusia 145 tahun hingga 66 juta tahun di Bukit Panau, Kelantan.nangtime.com -  Fosil Tapak Kaki Dinosaur Ditemui Di Kelantan

Penemuan fosil itu adalah hasil kajian ekplorasi geosains oleh pasukan penyelidik UMK yang diketuai Pensyarah FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar dan Profesor Surono Martosuwito bersama Profesor Udi Hartono dibantu Mohd Syakir Sulaiman.

Menurut Arham Muchtar, aktiviti penyelidikan tersebut bermula sejak Mei 2017 lagi dan kini telah berjaya menemukan fosil tapak serta laluan trek dinosaur dari Sbgrup Sauropod.

“Penemuan ini membuktikan bahawa satu masa dulu dijangka antara 160 hingga 66 juta tahun lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan.

“Ini adalah salah satu penemuan dari banyak penemuan lain hasil aktiviti eksplorasi dan penyelidikan yang kami laksanakan di Kelantan,” katanya.

nangtime.com -  Fosil Tapak Kaki Dinosaur Ditemui Di Kelantan
Tapak kaki fosil Dinosaur Sauropod merupakan sejenis reptilia berkaki empat daripada spesies herbivor iaitu hidupan yang memakan tumbuh-tumbuhan.

“Berdasarkan bukti tapak kaki, haiwan ini dipercayai memiliki tubuh yang besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar 30 sehingga 40 tan.

“Spesies Dinosaur Sauropod dikenali juga sebagai haiwan terbesar yang pernah hidup di muka bumi ini.

“Kejayaan ini amat bermakna bagi UMK terutamanya dengan penubuhan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi yang menjalankan penyelidikan ke atas hidupan dinosaur ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments