‘Fuhh, Laju Juga Kura-kura..’ Buaya Cuba Makan Kura-kura Yang Kemudian Lari Lintang Pukang

Selain daripada siput, binatang lain yang bergerak perlahan juga adalah seperti kura-kura. Namun begitu, haiwan ini mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu selama 150 tahun lamanya. Jadi, jangan pandang remeh terhadapnya.‘Fuhh, Laju Juga Kura-kura..’ Buaya Cuba Makan Kura-kura Yang Kemudian Lari Lintang Pukang

Jika sebelum ini anda tidak pernah melihat bagaimana cara kura-kura ‘lari’, hari ini kami akan kongsikan sebuah video bagaimana haiwan tersebut menyelamatkan diri daripada musuhnya.

Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah pengguna Twitter dimana terdapat seekor kura-kura yang ‘lari’ demi menyelamatkan diri daripada menjadi santapan buaya.

nangtime.com - ‘Fuhh, Laju Juga Kura-kura..’ Buaya Cuba Makan Kura-kura Yang Kemudian Lari Lintang Pukang

Menerusi video terbabit, buaya berkenaan telah cuba menelan ‘makanannya’ itu beberapa kali namun usahanya menemui kegagalan apabila kura-kura tersebut terpelanting dan berjaya meloloskan diri.

Sesuai dengan kapsyen “not today bro”, rata-rata warga netizen terhibur dengan kenyataan tersebut di samping terkejut melihat kura-kura itu ‘berlari’.

nangtime.com - ‘Fuhh, Laju Juga Kura-kura..’ Buaya Cuba Makan Kura-kura Yang Kemudian Lari Lintang Pukang

Ternyata, ramai di antara warganet yang pertama kali melihat bagaimana cara seekor haiwan yang bercengkerang keras itu ‘berlari’ kerana sebelum ini mereka hanya melihat kura-kura bergerak santai.

nangtime.com - ‘Fuhh, Laju Juga Kura-kura..’ Buaya Cuba Makan Kura-kura Yang Kemudian Lari Lintang Pukang

Posting berkenaan telah mendapat perhatian warga netizen dengan mendapat sebanyak lebih 400 ribu butang suka dan lebih 20 ribu komen di ruangan tersebut.

“Buaya tu memang takde usaha nak kejar balik ke?…”

“Laju pulak kura-kura ni…”

VIDEO:

Laju juga kura-kura ni kan?

Sumber: HCL

Facebook Comments Box