Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa

Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa. SEORANG wanita berusia 25 tahun dari wilayah pantai timur Amerika Syarikat sanggup membelanjakan AS$300 (RM1,268) setiap bulan bagi melayan hobi peliknya sebagai bayi.nangtime.com - Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa

Malah, perbelanjaan bulanannya sebagai bayi ditampung oleh 426 pelanggan laman webnya.

Lapor portal Mirror, pereka kandungan itu, menjalani gaya hidup seorang bayi sepenuh masa sejak Mei 2018.

Setiap pagi selepas menukar lampin pakai buang, Paigey Miller yang gemar berpakaian bayi akan meluangkan masa bermain dengan barangan permainan termasuk koleksi Barbie dan Polly Pocket.

nangtime.com - Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa

Dia akan membuat bahan kandungan untuk komuniti ‘bayi dewasa’ dalam platform atas talian.

Menurut Paigey, dengan membangunkan khidmat langganan laman sendiri, dia dapat membantu menghilangkan rasa malu golongan sepertinya sambil membiayai perbelanjaan mahal menjalani gaya hidup seorang bayi.

“Saya kerap mengumpul permainan dan memang ada perangai lucu sebagai seorang budak. Semua kawan dan keluarga dapat menerima diri saya.

nangtime.com - Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa

“Saya mencari di Internet untuk melihat jika ada individu lain seperti saya dan agak mengejutkan rupa-rupanya wujud komuniti seperti kami.

“Kebanyakan individu akan berasa malu dan saya buat keputusan untuk dedahkan kepada orang luar dengan membuat saluran YouTube dan laman web untuk berkongsi mengenai kehidupan orang dewasa sebagai bayi,” katanya.

Katanya, biarpun ada mempertikaikan hobinya itu, namun wanita berkenaan tidak ambil kisah apatah lagi dia menerima maklum balas positif daripada pengikut media sosial yang ramai.nangtime.com - Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa

“Saya menerima e-mel setiap hari dari mereka yang mengucapkan terima kasih kerana menjadi diri sebenar.

“Sesetengah orang tidak memahami kenapa orang dewasa seperti saya mahu hidup seperti kanak-kanak.

“Kami tetap seperti orang dewasa normal lain dan melakukan rutin orang dewasa seperti membayar bil namun kami juga ada tanggungjawab untuk kekalkan gaya hidup ini.nangtime.com - Gadis 25 Tahun Sanggup Habiskan Ribuan Ringgit Tiap Bulan Demi Menjadi Bayi Dewasa

“Ini semua kerana pemikiran kami mengenai sekecil-kecil perkara itu (jalani hidup bayi) membawa keriangan,” katanya.

Bagaimanapun, gaya hidup sebagai bayi itu tidak memberi kesan kepada pengalaman bercinta seperti orang dewasa lain.

“Saya bertunang dengan seseorang sejak lima tahun lalu. Dia tidak menjalani gaya hidup bayi ini tetapi sangat menyokong saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box