Gadis Ditemui Sembunyi Dalam Bilik Kekasihnya Sejak Hilang 10 Tahun Lepas

Seorang gadis yang hilang pada 10 tahun lepas akhirnya ditemui semula tapi dalam keadaan yang langsung tidak disangkakan sama sekali.Gadis Hilang Ditemui Sembunyi Dalam BIlik Kekasih Sejak 10 Tahun Lepas

Laporan polis mengenai kehilangan gadis yang dikenali sebagai Sajitha sudah dibuat oleh ahli keluarganya 10 tahujn lepas, namun pencariannya tleah menemui jalan buntu dan tiada sebarang perkembangan.

Selepas 10 tahun, Sajitha ditemui semula dan mendedahkan selama ini dia tinggal bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Rahman sejak 10 tahun lepas.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah gadis ini memberitahu dirinya terperap dalam bilik teman lelaki sejak 10 tahun lepas dan hanya keluar ke tandas pada waktu malam sahaja demi mengelakkan kehadirannya diketahui penghuni rumah lain.

Gadis Hilang Ditemui Sembunyi Dalam BIlik Kekasih Sejak 10 Tahun Lepas

Sajitha berjaya ditemui semula apabila seorang saudaranya terserempak dengan Rahman (teman lelaki Sajitha sejak berusia 18 tahun). Saudara Sajitha masih mengenali Rahman dan merasa curiga dengan kemunculannya. Dia kemudian mengekori Rahman sehingga ke rumah kediaman keluarga Rahman.

Akhirnya dia mendapatkan bantuan polis dan akhirnya rahsia Rahman terbongkar apabila mengakui dia tinggal bersama seorang wanita dalam rumahnya. Pemeriksaan polis mendapati wanita yang dimaksudkan adalah Sajitha yang dilaporkan hilang pada 10 tahun lepas.

Gadis Hilang Ditemui Sembunyi Dalam BIlik Kekasih Sejak 10 Tahun Lepas

Menurut keluarganya, Rahman juga tidak makan bersama mereka sejak 10 tahun lepas dan hanya terperap dalam bilik hingga mereka menyangkakan dia bermasalah menjadi kurang siuman. Mereka pernah membawanya berjumpa doktor, namun diberitahu doktor yang Rahman baik-baik sahaja.

Rahman juga mengakui ada memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelakkan ahli keluarganya mengetahui rahsianya dan menjumpai kekasihnya, Sajitha. Meskipun mengakui tinggal terperap dalam bilik sepanjang hari, Sajitha memberitahu dia akan keluar ke tandas pada waktu malam menerusi ruang tingkap bilik demi mengelakkan kehadirannya diketahui orang lain.

Gadis Hilang Ditemui Sembunyi Dalam BIlik Kekasih Sejak 10 Tahun Lepas

Kisah Rahman dan Sajitha agak mengejutkan ahli keluarga mereka sendiri, dan keluarga Rahman bagaimanapun tidak mempercayai cerita mereka berdua kerana sangat mustahil bagi mereka tidak menyedari kehadiran Sajitha dalam rumah mereka selama 10 tahun.

Gadis Hilang Ditemui Sembunyi Dalam BIlik Kekasih Sejak 10 Tahun Lepas

Selain itu ketika Sajitha dilaporkan hilang 10 tahun lepas, polis juga ada datang menemui Rahman dan bertanya soalan kepadanya namun dia tidak tahu apa-apa. Mereka percaya Sajitha tinggal di tempat lain selama ini dan mereka mendakwa Rahman sengaja mereka-reka cerita.

VIDEO:

Walaubagaimanapun, Rahman dan Sajitha masih tetap mempertahankan kisah mereka dan memberitahu sebab mereka berbuat sedemikian adalah kerana khuatir hubungan mereka tidak direstui keluarga masing-masing.

Menurut Indian Express, pasangan ini meluahkan rasa lega kerana tidak lagi perlu menyimpan ‘rahsia’ dan polis juga sudah menutup ‘kes’ mereka dan tiada tindakan lanjut. Selain itu mereka juga meminta orang ramai tidak mengecam mereka kerana mereka.

 

Facebook Comments Box