Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Mesti ramai antara anda semua yang suka makan ketam bukan? Tapi ada tak antara anda yang pernah makan telur ketam secara mentah? Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang gadis dengan selamba makan telur ketam mentah-mentah. Uishh, tak tau pula boleh ke makan macam tu ek?Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Ketam antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Jika pandai pilih, dapatlah ketam yang segar, banyak isi dan telur. Dimasak lemak cili padi, goreng cili, mahupun direbus bersama serai dan bawang pun sudah cukup membangkitkan selera!

Namun, lain pula caranya bagi seorang gadis dari Pulau Langkawi yang menikmati telur ketam secara segar terus dari laut. Lepas ditangkap, tak perlu susah direbus, tinggal ‘ngap’ sahaja ke dalam mulut.

Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Video yang dikongsikan oleh akaun TikTok izryaneerrr itu telah menarik perhatian ramai warganet dan meraih lebih dari sejuta tontonan. Terliur sebab memang nampak sedap betul!

Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet bertanya mengenai rasa telur ketam segar. Ramai yang tidak pernah mencubanya dan memberitahu mereka membuang sahaja telur ketam itu ketika ingin dimasak.

VIDEO:

 

Tak kurang yang memuji ‘survival skill’ yang dimiliki gadis ini dan sanggup memberikan hantaran yang tinggi kerana menepati ciri-ciri wanita idaman!

Tak bau hanyir, rasa masin-masinGadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Memang sedap makan telur ketam mentah, terliur!

Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Tak tahu boleh makan, selama ni beli buang je

Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Hantaran 20K, 30K pun sanggup, ciri2 wanita dicari 

Gadis Selamba Makan Telur Ketam Mentah, Nampak Berselera Habis

Sumber: Siakap Keli

Facebook Comments Box