Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Hingga Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya

Kerana Bergaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Hingga Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya.nangtime.com - Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Hingga Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya

Milan: Pelik tapi benar namun itu yang berlaku kepada lelaki di Itali ini yang nekad berjalan kaki sejauh 420 kilometer (km) kerana mahu mencari ketenangan selepas bergaduh dengan isterinya.

Lelaki berusia 48 tahun dari bandar Como di utara Milan itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya akhir bulan lalu sebelum memutuskan berjalan sejauh itu tujuh hari.

Peliknya, dia nekad berjalan tanpa henti dan hanya berhenti selepas polis menemuinya seminggu kemudian.

Polis peronda menemuinya di Gimarra di kawasan pantai Adriatic, kira-kira 418km dari rumahnya.

 

Pasukan polis itu membuat rondaan di sekitar Gimarra untuk memastikan orang ramai patuh perintah berkurung Covid-19 sebelum terserempak dengan lelaki itu berjalan kaki jam 2 pagi.nangtime.com - Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Hingga Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya

Mereka memberhentikan kenderaan dan bertanyakan beberapa soalan sebelum akhirnya lelaki itu dibawa ke balai polis berhampiran apabila menyedari dia dilaporkan hilang oleh isterinya.

Lelaki itu menjelaskan, dia berjalan kaki sejauh itu kerana mahu mententeramkan diri selepas bertengkar dengan isterinya.

“Saya terus berjalan sepanjang jalan. Saya tidak menaiki apa-apa kenderaan.

“Selama tempoh itu, saya hanya bergantung ihsan makanan dan minuman yang diberikan orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanan saya.

nangtime.com - Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Hingga Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya

“Saya baik saja, cuma sedikit keletihan,” katanya dalam portal Oddity Central.

Polis melepaskan lelaki itu selepas mendengar penjelasan luar biasanya, namun lelaki itu tetap didenda 400 Euro (RM1,968) kerana melanggar peraturan perintah berkurung.

Malah, polis menempatkannya di sebuah bilik hotel untuk berehat sehingga isterinya tiba untuk mengambilnya. – Harian Metro

 

Facebook Comments Box