Gagal Cubaan Untuk Menyamun, Lelaki Panik Dan Terus Lari Lintang Pukang

Seorang juruteknik sebuah syarikat kawalan keselamatan berdepan detik cemas diacu senjata dipercayai pistol oleh seorang lelaki dalam cubaan samun di kaki lima sebuah bank di pekan Batu Gajah di sini, hari ini.nangtime.com -  Gagal Cubaan Untuk Menyamun, Lelaki Panik Dan Terus Lari Lintang Pukang

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang.

Menurutnya, ketika kejadian juruteknik berusia 27 tahun bersama seorang rakan setugasnya iaitu pengawal keselamatan yang membawa senjata jenis ‘pump gun’ baharu selesai melakukan kerja di ATM dan mesin deposit tunai (CDM).

Katanya, terdapat seorang pemandu yang sedang menunggu mangsa dan pengawal keselamatan itu melakukan kerja di bank berkenaan dalam van syarikat.

“Apabila mangsa mahu masukkan duit yang dikeluarkan dari CDM ke dalam van dengan diiring rakannya, tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali menjerit ‘hoi’ dari arah belakang van mereka.

“Mangsa menoleh ke belakang dan mendapati rakan sekerjanya sudah dipegang oleh suspek sambil mengacukan objek menyerupai pistol berwarna hitam ke arah dada rakannya itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, suspek kemudian mengacu objek menyerupai pistol ke arah mangsa dan berkata dia mahukan wang namun mangsa mengatakan tidak boleh. Katanya, mangsa kemudian berjaya melarikan diri dan menyelamatkan wang itu dengan memasuki van ketika suspek sedang menolak rakannya ke arah pintu bank.

“Mangsa berlari masuk ke dalam van dengan membawa beg mengandungi semua wang yang diambil daripada CDM. Suspek kemudian panik dan melarikan diri ke arah belakang bangunan bank itu,” katanya.

nangtime.com -  Gagal Cubaan Untuk Menyamun, Lelaki Panik Dan Terus Lari Lintang Pukang

Ahmad Adnan berkata, ketika kejadian mangsa memasukkan wang ke dalam ATM sebanyak RM60,000 dan mengutip wang dari CDM kira-kira RM200,000.

Bagaimanapun katanya, jumlah keseluruhan wang dalam van berkenaan tidak dapat dipastikan kerana sebelum sampai ke lokasi terakhir iaitu di lokasi kejadian mereka sudah pergi ke enam lokasi sekitar Ipoh.

“Mangsa tidak dapat mengecam suspek yang ketika itu memakai pelitup muka berwarna biru. Suspek berambut pendek, berkulit cerah, tinggi lebih kurang 5 kaki 7 inci, kurus, memakai jaket warna hitam di dalamnya t-shirt leher bulat berwarna hitam dan berseluar panjang warna hitam.

“Tiada kerugian dan kecederaan dialami oleh mangsa dalam kejadian ini. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar tempat kejadian sedang diteliti dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan.

VIDEO:

Rompakan ATM Ambank Batu Gajah Ipoh Perak

29Sept2020/PerakMakluman awal kes rompakan bersenjata berlaku l/kurang jam 3 petang tadi di ATM Ambank Batu Gajah. Seorang lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol mainan telah meluru ke arah pengawal keselamatan sambil mengacu pistol tersebut. Pengawal tersebut telah bertindak dengan merampas pistol tersebut dan berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek melarikan diri. Tiada kecederaan dan kerugian yang dilaporkan. PDRM sedang giat memburu suspek#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, 29 September 2020

Terdahulu rakaman video kejadian cubaan samun itu tular di media sosial. – BH Online

Facebook Comments Box