Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model Terkenal

Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model Terkenal. Rita Gaviola, model terkenal di Filipina yang pernah mencuri tumpuan dalam dunia populariti, mempunyai kisah silam menarik tentang sejarah silamnya.nangtime.com - Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model Terkenal

Dia ada satu perjalanan hidup sendiri sebelum berdiri gah pada hari ini, segalanya bermula pada empat tahun lalu, 2016.

Ketika itu, gadis ini berusia 13 tahun dan dia melangsungkan kehidupan membantu keluarga sebagai seorang pengemis di Bandar Lucban, Filipina.

Ayahnya bekerja sebagai pengutip sampah manakala ibunya pula menjadi suri rumah membesarkan empat lagi adik-beradiknya.

 

Difahamkan, tiada seorang pun daripada mereka yang berpeluang belajar di sekolah pada masa itu.nangtime.com - Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model TerkenalDisebabkan kadangkala tidak mampu menyediakan makanan yang mencukupi buat santapan sekeluarga, keadaan itu memaksa Rita untuk keluar mengemis mahupun mencari makanan.

Pada masa itulah, kelibatnya diperhatikan oleh seorang jurufoto Filipina, Topher Quinto Burgos yang kebetulan pada masa itu menghadiri Festival Pahiyas di Lucban pada Mei 2016.

 

Topher tertarik dengan keayuan semulajadi yang dimilikinya, lalu bertindak mengambil gambarnya dan dimuat naik ke internet, sekaligus membuatkan detik itu mengubah hidup gadis miskin itu hanya kerana sekeping gambar.nangtime.com - Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model Terkenal

Dalam sekelip mata, gambar gadis miskin berusia 13 tahun itu mula tular di internet serta-merta diikuti pujian oleh orang ramai akan kecantikan semulajadinya.

Disebabkan dia berasal dari etnik Badjao, maka ketika itu gelaran ‘Badjao Girl’ diberikan kepadanya hingga menarik perhatian beberapa puteri cantik Filipina dan mereka bersepakat mahu membawa Rita keluar dari kemiskinan.

Selebriti seperti Miss World Philippines 2015, Hillarie Parungao, Miss International Philippines 2014, Bianca Guidotti dan Miss Earth 2015, Angelia Ong semuanya turut menunjukkan kecantikan Rita di media sosial dan memuji wajahnya yang cantik seperti model serta mempunyai wajah yang menyerlah.

nangtime.com - Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model Terkenal

Bermula daripada itu, Rita Gaviola itu telah ditemubual, menjadi model untuk beberapa jenama, beraksi dalam beberapa siaran di televisyen dan menjadi salah seorang insan termuda dalam program realiti antarabangsa, Big Brother.

Segala yang berlaku di sekeliling ‘Badjao Girl’ itu telah membantu membina khalayak peminatnya yang tersendiri, termasuklah dari luar negara dan sesetengah daripada mereka juga membantu dia dan keluargnya dari segi kewangan.

Pada 2018 lalu, Rita Gaviola memuat naik video ke YouTube yang memaparkan suasana rumah keluarganya yang baharu dan turut mengucapkan terima kasih kepada Grace Kreutzer, seorang peminat dari Amerika Syarikat (US) yang dilaporkan telah menaja kos pembinaan rumah baharu tersebut.

nangtime.com - Gambar Gadis Pengemis Menjadi Tular Dan Kini Dia Jadi Model Terkenal

Walaupun khabar tentangnya mulai surut sejak dua tahun kebelakangan ini, Rita masih lagi kekal popular di media sosial di Filipina, khususnya melalui Instagramnya, @itsritagaviola di mana kini mempunyai kira-kira 150,000 pengikut.

Bagaimanapun, model jelita ini dilaporkan masih lagi terlibat sebagai model dari semasa ke semasa, tetapi buat masa sekarang dia sedang menumpukan pengajiannya.

Sumber:  SiakapKeli

Facebook Comments Box