Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP. Ketika kerajaan mengumumkan pelbagai bantuan untuk rakyat, nasib gelandangan juga mendapat perhatian setelah ada individu yang bertahun-tahun tinggal di jalanan.nangtime.com - Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

Atas dasar kemanusiaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu kira-kira 510 gelandangan bagi ditempatkan di dua pusat transit dan empat pusat komuniti sekitar ibu kota termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.

Tanpa mengira agama dan bangsa, lokasi tersebut dijadikan penempatan sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata selain Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Anjung Singgah, Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa, Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir turut dijadikan penempatan sementara gelandangan terbabit.

“Kami akan terus menjejaki dan menyelamatkan mereka di sekitar ibu kota dan ditempatkan sementara di pusat-pusat komuniti itu sepanjang PKP.

nangtime.com - Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

“Ada lagi yang masih menyorok,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Komuniti Sentul Perdana di sini, hari ini.

Menurut Datuk Bandar, penempatan sementara warga gelandangan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu golongan sihat warganegara, gelandangan bermasalah sakit berjangkit, mental dan penagihan dadah serta bukan warganegara.

“Golongan sihat warganegara akan ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir masing-masing seramai 181 dan 62 orang, Pusat Komuniti Setiawangsa menempatkan 95 gelandangan bermasalah, manakala di Dewan Serbaguna Alam Damai Cheras pula untuk 30 orang bukan warganegara” katanya.

nangtime.com - Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

Sebelum tinggal di penempatan sementara itu, golongan gelandangan perlu menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan wabak. Namun, tiada kes positif dalam kalangan mereka dilaporkan setakat ini.

Jauh di sudut hati mereka, memang bersyukur tak terhingga. Kalau dulu makan hanya tunggu bantuan dan tidur di atas lantai, kini mereka jalani hidup lebih baik dengan usaha DBKL serta kerajaan.

Terima kasih kerajaan

nangtime.com - Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

Banyak banyaklah bersyukur

nangtime.com - Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

Terbaiklah kerajaan Malaysia

nangtime.com - Gelandangan Diselamatkan Kerajaan, Dari Hidup Di Jalanan, Kini Tidur Selesa Dalam Dewan Sepanjang PKP

Sumber: OMM & Bernama

Facebook Comments Box