Gelek-gelek Buat Tiktok, Budak Perempuan Kena Sepak Oleh Bapa

Kehidupan generasi muda zaman sekarang berpaksikan media sosial sehingga ada anak-anak kecil yang belajar berjoget dahulu sebelum pandai membaca gara-gara pengaruh aplikasi popular seperti TikTok.nangtime.com - Budak Perempuan Gelek Tiktok Kena Terajang Bapa

Hakikatnya orang dewasa tidak dapat menghalang golongan muda dari menggunakan media sosial kerana mereka mungkin akan ketinggalan dalam banyak aspek memandangkan penyebaran maklumat kini lebih banyak berlaku secara digital.

Tetapi untuk mengajar anak-anak agar tidak terlalu terikut dengan aksi-aksi yang tidak berfaedah di internet juga menjadi satu cabaran besar buat ibu bapa kerana salah satu perkara yang penting bagi golongan muda adalah untuk mengaitkan diri mereka dengan rakan sebaya yang lain agar mereka tidak rasa terpinggir.

nangtime.com - Budak Perempuan Gelek Tiktok Kena Terajang Bapa

Jadi tidak hairanlah kanak-kanak mudah mengikut apa yang mereka lihat di TikTok dan ibu bapa juga menjadi tidak tenang untuk membiarkan anak-anak mereka bebas menggunakan media sosial.

Seperti video yang tular baru-baru ini pula, seorang kanak-kanak perempuan merakam dirinya bergelek untuk video TikTok ketika bapanya berjalan masuk ke dalam rumah di belakangnya.

nangtime.com - Budak Perempuan Gelek Tiktok Kena Terajang Bapa

Sebaik melihat gelagat anaknya itu, si bapa menendang punggung budak perempuan berkenaan dan memarahinya sementara kanak-kanak itu berjalan keluar.

VIDEO:

Tindakan bapa tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, rata-ratanya setuju bahawa ibu bapa patut tegas dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan budaya TikTok.

Antara komen-komen netizen:

Bagus ayah dia. Penyakit ni jangan buat main. Cegah awal²

Kene lutut terus dgn bapa diaa

Nahhhh ambik kau kena terajang ?

tu makan diaaaa hahahahahaha “harap lebih ramai parents yg buat cmni…”

ok..ni kelakar. harap lebih ramai parents yg buat cmni bila tngk anak die terjoge2, tergedik2, terkinja2 dpn camera ?

Thanks ayah tapi jangan la tendang ??

Kredit: HCL

Facebook Comments Box