“Gemuk tak nak cream’ – Staff Restoran Bersikap Tak Ada Adab Terhadap Pelanggan Wanita

Bekerja di ‘barisan hadapan’ perlulah diingatkan untuk menjaga emosi dan sikap profesional pada tahap tinggi agar tidak menjejaskan perkhidmatan sesebuah syarikat itu.nangtime.com - “Gemuk tak nak cream’ – Staff Restoran Bersikap Tak Ada Adab Terhadap Pelanggan Wanita

Dalam kejadian yang berlaku pada awal Februari lalu, pelanggan di sebuah restoran terkemuka meluahkan rasa kesalnya terhadap juruwang yang jelas sekali melakukan ‘body shaming’.

“****** ****** Malaysia, mohon nasihatkan staff anda tidak memasukkan catatan yang tidak penting ketika mengambil pesanan dari pelanggan,” tulis Nazly Rosli yang menurutnya insiden itu berlaku di premis tersebut di cawangan Petaling Jaya.

“Saya minta no whipped cream untuk ice choc tetapi pesanan yang ditaip, ‘gemuk tak nak cream’. Saya tertanya-tanya apakah ‘mesej’ itu ditujukan kepada saya atau kepada staff yang menyediakan pesanan itu,” tulisnya.nangtime.com - “Gemuk tak nak cream’ – Staff Restoran Bersikap Tak Ada Adab Terhadap Pelanggan Wanita

Selain itu katanya, kakitangan restoran juga berbual dengan suara yang lantang tentang bagaimana minuman itu dibuat oleh rakan sekerja mereka dan menyebut ‘p0tong kaki’.

“Bayangkan kalau pelanggan lain yang cerewet dapat resit seperti ini. Tak salah untuk bergembira di tempat kerja tetapi tolonglah profesional.”

nangtime.com - “Gemuk tak nak cream’ – Staff Restoran Bersikap Tak Ada Adab Terhadap Pelanggan Wanita

Difahamkan, pengadu telah dihubungi oleh pihak berkenaan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Sebagai kakitangan, adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga nama baik tempat kerja dan tidak sesekali melakukan tindakan di luar batasan. Jangan disebabkan tindakan yang disengajakan seperti ini, habis imej restoran terjejas teruk.

Sumber: Nazly Rosli via The Reporter

Facebook Comments Box