Geram Suami ‘Usya’ Wanita Lain, Wanita Marah Dan Menghempap Laptop Atas Kepala Suaminya

Kerana geram melihat suami kelihatan cuba ‘usya’ perempuan lain, seorang wanita naik hantu dan membuat kecoh di pesawat. Tak dapat menahan kemarahannya, wanita itu menghempap kepala suami menggunakan laptop!nangtime.com - Geram Suami ‘Usya’ Wanita Lain, Wanita Marah Dan Menghempap Laptop Atas Kepala Suaminya

Semasa kejadian, wanita tersebut mula memaki hamun dan menjerit,

“Kau takkan pandang wanita lain…. dan kau beritahu aku yang kau pandang wanita lain..”

Sebelum pramugari datang untuk cuba menghentikan pergaduhan ini dan memberitahu wanita tersebut yang ada kanak-kanak duduk di belakangnya.

Dia kemudiannya menjerit semula ke arah pramugari tersebut,

“Saya takkan kata apa-apa kalau awak tak kata apa-apa untuk menyebabkan kekecohan kerana dia (suami) yang bermasalah.”

Kemudian sambung menjerit ke arah suaminya

Akhirnya suaminya berkata,

“Kau ni dah di luar kawalan…”

nangtime.com - Geram Suami ‘Usya’ Wanita Lain, Wanita Marah Dan Menghempap Laptop Atas Kepala Suaminya

Selepas itu kedengaran bunyi seakan-akan penampar yang kuat dan lelaki tersebut menolak isterinya untuk keluar selepas pramugari tersebut mengarahkan mereka keluar dari pesawat.

Encik Suami menjerit,

“Kau mengganggu aku!”

Dan wanita tersebut menjawab,

“Aku kenal kau dah lama dan aku pula yang ganggu kau?!”

nangtime.com - Geram Suami ‘Usya’ Wanita Lain, Wanita Marah Dan Menghempap Laptop Atas Kepala Suaminya

Sebelum mengejar suaminya dan menghempas laptop ke kepala, mungkin terkena juga kepala pramugari tersebut.

Pasangan tersebut dihalau dari pesawat namun tak lama kemudian wanita ini kembali untuk dapatkan dompetnya semula sebelum seorang lelaki yang kelihatan seperti kapten atau marshal udara berkata yang dia akan didakwa kerana menyerang dan dia memberi respon dengan berkata,

“Fine, whatever!”

Susulan kejadian itu, seorang pramugari dan penumpang tak pasal-pasal perlu dirawat pulak kerana laptop yang digunakan Tiffany tadi katanya melantun mengenai mereka.

nangtime.com - Geram Suami ‘Usya’ Wanita Lain, Wanita Marah Dan Menghempap Laptop Atas Kepala Suaminya

Macam manapun, setelah dipukuI dan dimaki habis-habisan, wanita tadi kenalah bersyukur kerana suaminya tak nak buat laporan polis. Dia kemudian menempah flight baru pada hari Ahad lepas, namun flight yang di’booking’ Tiffany pula telah dibatalkan oleh pihak American Airlines.

VIDEO:

Emm, benda boleh bincang buat apa nak gaduh kan..

Facebook Comments Box