Guna Ekzos Terlalu Bising, Polis Bagi Penunggang Motosikal ‘Rasa’ Sendiri Bunyi Bising Ekzosnya

Setiap kenderaan yang kita beli biasanya sudah ditetapkan standard dan ketetapan yang disesuaikan dengan penggunaannya. Memang benar ramai yang suka mengubahsuai kenderaan seperti kereta atau motosikal demi jadi kepuasan sendiri sama ada menjadikannya lebih cantik mahupun lebih seronok dipakai.Guna Ekzos Terlalu Bising, Polis Bagi Penunggang Motosikal ‘Rasa’ Sendiri Bunyi Bising Ekzosnya

Sebenarnya mengubahsuai kenderaan seperti motosikal bukannya tidak boleh, ada yang dibolehkan namun ada juga yang tidak dibenarkan terutamanya jika dibuat secara berlebihan, tidak selamat dan juga mengganggu orang lain.

Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang penunggang motosikal yang membawa motosikal yang menggunakan ekzos yang sangat bising. Menurut perkongsian Page Sukan Star TV itu, kelihatan seorang anggota polis dipercayai ‘menghukum’ penunggang motosikal tersebut dengan meletakkan kepalanya berdekatan dengan ekzos motosikalnya.

Guna Ekzos Terlalu Bising, Polis Bagi Penunggang Motosikal ‘Rasa’ Sendiri Bunyi Bising Ekzosnya

Polis tersebut meletakkan kepala lelaki tersebut berdekatan dengan ekzos dan memulas ‘throttle minyak’ sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat, dipercayai bertujuan agar lelaki tersebut mendengar sendiri bunyi bising ekzos motosikalnya yang membuatkan orang awam tidak tenteram dan terganggu.

Berdasarkan nombor plat motosikal, kejadian itu dipercayai berkemungkinan besar berlaku di Sarawak, namun lokasi sebenar tidak dapat dikenalpasti.

Guna Ekzos Terlalu Bising, Polis Bagi Penunggang Motosikal ‘Rasa’ Sendiri Bunyi Bising Ekzosnya

Rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing dan kebanyakkannya setuju dengan tindakan polis itu untuk ‘menghukum’ penunggang motosikal yang menggunakan ekzos bising.

VIDEO:

Menerusi ruangan komen, boleh dikatakan ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dan geram dengan tindakan segelintir penunggang motosikal yang suka membuat bising, rem-remkan motosikal mereka terutama di kawasan berdekatan tempat tinggal.

Guna Ekzos Terlalu Bising, Polis Bagi Penunggang Motosikal ‘Rasa’ Sendiri Bunyi Bising Ekzosnya

Moga jadi pengajaran buat yang lain..

Guna Ekzos Terlalu Bising, Polis Bagi Penunggang Motosikal ‘Rasa’ Sendiri Bunyi Bising Ekzosnya

Semoga lelaki ini insaf dan diharapkan orang lain juga janganlah sesuka hati mengubahsuai kenderaan mereka, tak kira la motosikal mahupun kereta. Jika nak ubahsuai pun, pastikan mendapat kelulusan dan tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Facebook Comments Box