Setiap orang daripada kita mesti pernah tertanya-tanya mengapa sesuatu benda yang kita gunakan itu dibuat sedemikian rupa dan kadang-kadang ramai antara kita yang tak tahu pun apa fungsinya.
Oleh itu, kadang-kadang apabila kita mdembeli sesuatu produk atau barangan, kemungkinan besar kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya fungsi benda tersebut
Setiap produk yang berada di pasaran tentunya memiliki fungsi dan kegunaan mereka yang tersendiri. Sekiranya diperhatikan kembali, banyak fitur tersembunyi yang terdapat pada benda-benda kita gunakan setiap hari.
#1 Lubang kecil di antara kamera dan flash pada iPhone ini sebenarnya adalah mikrofon.
#2 Lapisan berwarna biru pada bahagian dalam penutup botol ini berfungsi untuk memastikan supaya botol itu dapat ditutup dengan lebih kemas.
#3 Bahagian yang beralun pada penyepit rambut ini berfungsi untuk memastikan sepitan rambut menjadi lebih erat.
#4 Lubang pada pemegang periuk berfungsi sebagai tempat meletak senduk.
#5 Bahagian timbul pada butang F dan J di papan kekunci berfungsi sebagai penanda jari semasa menaip.
#6 Tanda anak panah pada meter minyak kenderaan menunjukkan lokasi pintu tangki minyak.
#7 Saku kecil di seluar jeans sebenarnya bertujuan untuk menyimpan jam, manakala butang kecil pada poket seluar bertujuan untuk mengukuhkan poket seluar supaya tidak mudah terkoyak.
#8 Kasut Converse ini sebenarnya diciptakan untuk atlet bola keranjang dan lubang kecil pada bahagian tepi kasut itu bertujuan untuk pengudaraan.
#9 Tempat meletak TicTac Fitur tersembunyi benda
#10 Lubang pada mangga ini bertujuan untuk mengelakkan daripada karat di bahagian dalaman.
#11 Bahagian yang bergigi pada hujung pita pengukur sebenarnya bertujuan untuk menanda permukaan yang mahu diukur itu.
#12 Kain perca ini bertujuan untuk diuji terlebih sebelum membasuh pakaian yang sebetulnya.
#13 Lubang kecil pada pembuka tin ini berfungsi untuk meletak penyedut minuman.
#14 Lubang kecil yang terdapat pada cermin tingkap pesawat ini bukanlah bererti cermin itu mahu retak. Sebaliknya, ianya berfungsi untuk mengawal tekanan udara di dalam kabin pesawat.
Ada apa-apa lagi yang anda nak tambah?