Hamil Anak Kedua, Wajah Wanita Berubah Seakan Wanita ‘Tua’ Jadi Berkedut, Menggerutu Dan Bengkak

Seorang wanita berkongsikan pengalaman yang memeritkan apabila wajahnya berubah meyerupai wanita tua ketika dirinya sedang hamil disebabkan alahan. Perkongsian Nur’Ain Mohd Ali yang berusia 28 tahun itu dengan pantas menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.Hamil Anak Kedua, Wajah Wanita Berubah Seakan Wanita ‘Tua’ Jadi Berkedut, Menggerutu Dan Bengkak - nangtime.com

Perubahan itu mula disedarinya ketika kandungan berusia 3 bulan dan wajahnya berubah menjadi bengkak, menggerutu dan berkedut sehingga kelihatan seperti orang tua.

Wanita ini mengakui terasa segan, malu untuk keluar rumah ketika keadaan wajahnya berubah kerana dirinya sering diperhati oleh ramai yang pelik apabila terpandang wajahnya.

Hamil Anak Kedua, Wajah Wanita Berubah Seakan Wanita ‘Tua’ Jadi Berkedut, Menggerutu Dan Bengkak - nangtime.com

“Saya rasa segan, malu. Bila orang selisih dengan saya, orang tengok saya dua kali. Kawan-kawan pun ramai yang tegur bila nampak muka macam lain.”

 

Wanita ini bagaimanapun bersyukur kerana suami, Zaki Izani Ramli, 37, ibu dan ibu mentuanya selalu memberikan sokongan dan kata-kata positif sekali gus menguatkan semangatnya apabila dicemuh oleh orang.Hamil Anak Kedua, Wajah Wanita Berubah Seakan Wanita ‘Tua’ Jadi Berkedut, Menggerutu Dan Bengkak - nangtime.com

Penangan hamil anak kedua itu juga menyebabkan badan serta muka wanita ini dipenuhi jerawat disebabkan peningkatan kelenjar minyak pada kulit dan perubahan hormon.

“Mulanya dahi berkerut dan perlahan-lahan menjadi bengkak, kendur dan berkedut, bila pakai tudung pun penuh minyak di bahagian pipi,” katanya.

 

Menurut suaminya, mereka juga pernah menemui pakar kulit, dan dimaklumkan bahawa kelenjar minyak pada wajah Nur ‘Ain terlampau aktif dan ianya menyebabkan wajahnya berminyak, bengkak dan berkedut. Namun, mereka dinasihatkan agar tidak mengambil apa-apa ubat untuk rawat wajah kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.Hamil Anak Kedua, Wajah Wanita Berubah Seakan Wanita ‘Tua’ Jadi Berkedut, Menggerutu Dan Bengkak - nangtime.com

Menurut Nur’Ain, ketika melahirkan anak pertama, dia tiadak mengalami alahan teruk cuma ‘mabuk’ awal-awal sahaja. Nur’Ain telah selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Zayn Darrish yang kini sudah berusia 4 bulan.

 

Selepas bersalin dan berpantang dua bulan, Nur’Ain mula makan ubat yang disarankan doktor dan kini wajahnya sudah pulih cuma tinggal parut jerawat sahaja.

Hamil Anak Kedua, Wajah Wanita Berubah Seakan Wanita ‘Tua’ Jadi Berkedut, Menggerutu Dan Bengkak - nangtime.com

“Lepas bersalin dan dua bulan pantang, saya mula makan ubat yang disarankan doktor, Alhamdulillah kini wajah sudah seperti dulu tinggal parut jerawat saja,” katanya.

Facebook Comments Box